Dolby Atmos kini di telefon pintar Lenovo A7000

Share Button

Anda telah membaca dari laporan kami, tentang pengalaman kami menonton filem Avengers: Age of Ultron dengan sistem bunyi Dolby Atmos, yang menghasilkan bunyi lebih dari arah kiri, kanan, depan dan belakang sahaja. Dolby Atmos, secara asasnya menambah pembesar suara di atas, serta kombinasi lebih banyak pembesar suara untuk memberi bunyi lebih realistik, yang dapat dirasai pada sekeliling pendengar dengan tepat. Bagaimana pula jika anda boleh membawa sistem bunyi ini ke mana sahaja?

Dolby Laboratories dan Lenovo telah menjadikannya kenyataan ketika pameran MWC di Barcelona yang lepas, dengan pengenalan tiga produk mudahalih, iaitu satu telefon pintar Lenovo A7000 dan dua lagi tablet Lenovo TAB 2 A8 dan Lenovo TAB 2 A10-70. Ini menjadikan Lenovo A7000 sebagai telefon pintar pertama dilengkapi Dolby Atmos. Manakala Lenovo Tab 2 A8 pula peranti Android Lollipop pertama dengan Dolby Atmos, dan Lenovo Tab 2 A10-70 pula tablet Android 10-inci pertama dipasang Dolby Atmos.

Lenovo TAB2 A8Lenovo Tab 2 A8

 

Lenovo TAB 2 A10-70Lenovo Tab 2 A10-70

 

Telefon pintar Lenovo A7000 mempunyai skrin HD 5.5-inci, dengan dwi-sim yang menyokong 4G-LTE di sim pertama dan 2G di sim kedua. Ia dikuasakan CPU MediaTek True8Core MT6752M 64-bit, dengan 8-teras yang kesemua terasnya boleh mencapai kelajuan 1.5GHz. Ia dilengkapi 2GB RAM dan 8 GB storan, dengan slot kad memori mikro-SD untuk memori tambahan sehingga 32GB.

Bateri Lenovop A7000 berkapasiti 2900mAh dan boleh dicabut. Ia mempunyai kamera belakang 8MP dengan fokus auto dan dwi-LED Flash, serta kamera hadapan 5MP. Ia didatangkan siap dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dengan antaramuka Lenovo Vibe UI.

Lenovo menyatakan ia akan menjual telefon pintar A7000 ini pada harga USD169 (~RM609). Bagi anda yang pernah merasai kehebatan sistem bunyi Dolby Atmos, mahukah anda membeli Lenovo A7000 yang dilengkapi Dolby Atmos, dan berharga sekitar RM600 ini?

Lenovo A7000 all aroundLenovo A7000

Apa komen anda?