Disney Larang Guna Selfie Stick

Share Button

Cuti sekolah bakal bermula esok bagi murid di Malaysia namun jika ada yang berhasrat untuk bercuti Disneyland anda perlu baca seterusnya.

Khabarnya minggu lepas, Disney World di Amerika Syarikat telah menguatkuasakan larangan penggunaan selfie stick di taman tema tersohor itu.

selfie-stick-disney

Menurut sumber seperti TIME.com, selfie stick tidak dibenarkan sama sekali digunakan ketika menaiki Big Thunder Mountain Railroad dan Space Mountain antaranya, malah akan memberhentikan operasi tunggangan itu sekiranya pekerja yang bertugas mendapati ada orang menggunakannya.

Disney World bukanlah organisasi pertama yang menghalang penggunaan selfie stick. Sebelum ini beberapa tempat tumpuan pelancong, festival muzik dan acara sukan terkenal telah pun membuat larangan yang sama.
Rata-rata peminat taman tema Disney menyukai larangan ini kerana merasa perbuatan mengambil gambar menggunakan selfie stick ketika sedang menaiki tunggangan laju adalah berbahaya.

Selain ketika berada di atas tunggangan, penggunaan selfie stick di sekitar taman tema masih dibenarkan. Masih belum ada berita sahih sama ada larangan ini bakal diperkenalkan di taman tema Disney lain di rantau ini.

Apa komen anda?