Dell buka Makmal Inovasi di Universiti Multimedia Malaysia

Share Button

Universiti Multimedia Malaysia (MMU) baru-baru ini mengumumukan kerjasama dengan Dell Malaysia, menubuhkan Makmal Inovasi Dell di dalam universiti tersebut. Pembukaan makmal ini disambut dengan meriah, melalui acara pemotongan riben mada 12 Mei 2015 yang lalu, di kampus MMU Cyberjaya.

Makmal ini adalah inisiatif bersama antara Fakulti Komputer dan Informatik bersama Dell Malaysia, untuk menyediakan perkakas dan peralatan bagi pelajar mendalami pengetahuan tentang Analisa Big Data.

makmal inovasi dell di MMU2

 

Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Muhamad Rasat Muhamad mencugapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dell kerana menjadi rakan industri utama MMU, serta menyumbang dalam penyelidikan dan perkembangan infrastruktur ICT di MMU sendiri. Sumbangan Dell termasuk komputer seperti Dell PowerEdge dan juga Dell Precision banyak membantu penyelidik dan juga pelajar MMU yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi.

Prof. Dato’ Dr. Muhamad Rasat Muhamad menambah, MMU tersenarai dalam kedudukan 200 Universiti Terbaik Dunia QS, dalam subjek Sains Komputer dan Sistem Maklumat pada tahun 2014. Dell telah lama bekerjasama dengan MMU, seperti dalam aktiviti Big Data Hackathon. Malah, MMU juga telah berpeluang memberikan ruang pendidikan peringkat sarjana kepada pekerja Dell. Diharapkan, kerjasama ini akan diteruskan untuk melahirkan lebih banyak bakat baru dalam bidang ICT.

Apa komen anda?