Blackberry Leap dilancar rasmi di Malaysia melalui 11street

Share Button

Selepas membuka pra-tempahan di laman beli-belah dalam talian 11street, hari ini Blackberry Malaysia dengan rasminya melancarkan telefon pintar Blackberry Leap untuk pasaran Malaysia. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Blackberry Leap di Malaysia berharga RM1089 termasuk GST.

Blackberry Leap adalah peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya, yang disasarkan untuk entrepreneur yang baru memulakan startup, serta syarikat yang mahukan pekerja menggunakan peranti dengan tahap keselamatan yang tinggi.

Blackberry Leap dilancarkan

 

Selain dilengkapi skrin 5-inci HD dan kamera belakang 8MP serta kamera hadapan 2MP, Blackberry Leap dilengkapi bateri berkapasiti 2900mAh. Balckberry menyatakan, bateri ini boleh bertahan sehingga 25 jam untuk penggunaan berat. Ini memastikan pengguna boleh menjalankan kerja sepenuhnya di peranti Blackberry sepanjang hari, tanpa perlu risau kehabisan bateri.

Blackberry Leap datang dengan sistem operasi Blackberry 10.3.1, yang dilengkapi dua stor aplikasi iaitu Blackberry World untuk aplikasi biasa Blackberry, dan Amazon Appstore untuk aplikasi Android. Ia juga mempunyai Blackberry Blend untuk penggunaan sistem Blackberry di peranti lain seperti laptop & tablet, serta pembantu digital Blackberry Assistant.

Blackberry Leap depan Blackberry Leap belakang

Blackberry Leap kini boleh mula ditempah di 11street, sehingga 19 Mei 2015. Pembeli yang membuat tempahan awal sebelum 20 Mei dapat menerima hadiah percuma seperti kupon pembelian 11street bernilai RM150, topi Blackberry & juga pouch kulit Blackberry Leap, sementara stok masih ada.

Blackberry Malaysia turut mengumumkan Blackberry Leap akan mula dijual di kedai-kedai pada harga RM1089 (termasuk GST) bermula 20 Mei 2015, dan akan menemui peminat di syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan Tunetalk. Maklumat lanjut berkenaan telefon Blackberry Leap boleh didapati di lamanweb Blackberry di http://www.blackberry.com/Leap

Blackberry Leap dan Passport depan Blackberry Leap dan Passport belakang Blackberry Classic dan Leap depan Blackberry Classic dan Leap belakang

Apa komen anda?