ASUS Zenfone 2 dengan 4GB RAM kini di Stor ASUS Online

Share Button

Pasti ramai yang teringin sangat memiliki telefon pintar berkuasa tinggi ASUS Zenfone 2, dengan pilihan 4GB RAM iaitu model ZE551ML. Tetapi ia masih sukar untuk dibeli kerana unit terhad di kedai-kedai fizikal.

Tetapi ia tidak lagi menjadi persoalan, kerana hari ini ASUS Malaysia akan mula menjualnya di stor dalam talian mereka di store.asus.com/my.

Sebelum ini, ASUS Malaysia hanya menjual model lebih rendah iaitu ZE550ML berharga RM749 & ZE550CL berharga RM499 di Stor Online ASUS. Dengan jualan di Stor Online ASUS ini, pembeli dari mana-mana tempat di Malaysia boleh memilikinya.

Zenfone 2 emas dan merah COVER

Telefon pintar ASUS Zenfone 2 ZE551ML adalah telefon pintar dengan 4GB RAM termurah di pasaran kini. Ia datang dalam dua storan iaitu 32GB berharga RM1099 & 64GB berharga RM1299. Ia dikuasakan CPU Intel Atom Z3580 4-teras 64-bit berkelajuan 2.3GHz, dan menyokong 4G-LTE serta dua slot kad-sim bersaiz mikro.

Layari Stor Online ASUS Malaysia sekarang untuk membeli ASUS Zenfone 2 pilihan anda. Jangan lupa untuk lihat demo kamera kami di sini, di mana anda boleh lihat apa yang lain tak boleh lihat 🙂

 

wpid-1432782696_201409b1800041.jpg

 

Apa komen anda?