4 model Oppo siri-R yang berbeza masih sama

Share Button

Oppo baru melancarkan telefon pintar siri-R terbarunya, iaitu R7 dan R7 Plus. Telefon siri-R Oppo sentiasa menampilkan bentuk yang sangat nipis serta kelihatan premium. Ia juga sering datang dalam binaan besi seluruhnya, ataupun dihiasi kaca di belakang. Tetapi, terdapat beberapa persamaan dalam siri-R yang dihasilkan Oppo baru-baru ini. Mari kita lihat dengan lebih dekat menerusi jadual di bawah.

Dalam jadual ini, kami menyenaraikan 4 telefon pintar Oppo siri-R yang paling baharu. Bermula dari Oppo R5 yang dilancarkan hujung tahun lepas, diikuti Oppo R1x yang baru diperkenalkan di Malaysia dan terbaru Oppo R7 serta R7 Plus yang baru dilancar di China hari ini.

Jadual Oppo siri-R 2015 TS

Kita dapat lihat, keempat-empat telefon pintar Oppo siri-R ini diperkasakan CPU Qualcomm kelas pertengahan, iaitu Snapdragon 615, CPU ini mempunyai 8-teras berkelajuan 1.5GHz, dengan sokongan arahan 64-bit. Kapasiti RAM sedikit berbeza, dengan model terdahulu dilengkapi 2GB tetapi R7 & R7 Plus disertakan 3GB RAM. Kesemua model siri-R ini juga memiliki storan sebesar 16GB, melainkan R7 Plus yang dilengkapi 32GB storan.

Walaupun saiz skrin agak berbeza, tetapi Oppo siri-R ini mempunyai paparan AMOLED HD Penuh, kecuali R1x yang menggunakan paparan IPS dengan resolusi HD sahaja.

Paling utama untuk diceritakan, adalah ketebalan telefon. Oppo mengejutkan dunia dengan R5 apabila mengumumkan tebalnya hanya 4.85mm. R1x kemudiannya diperkenalkan dengan tebal 6.8mm. Manakala R7 diura-urakan memiliki tebal yang sama dengan R5, tetapi diumumkan jauh berbeza dengan ketebalan 6.3mm. Oppo R7 pula terus tersasar jauh apabila mempunyai ketebalan 7.75mm.

Ketebalan melambangkan kapasiti bateri. Perkara ini terbukti dalam telefon Oppo siri-R ini apabila R5 ternipis hanya memiliki 2000mAh bateri. Diikuti R7 dengan 2320mAh, R1x 2420mAH dan R7 Plus 4100mAh. Berita baiknya, kesemua telefon ini mempunyai pengecasan pantas VOOC, kecuali R1x. R1x memiliki pengecas biasa yang jauh lebih lambat dari pengecas VOOC.

Untuk rujukan, Oppo R5 kini dijual di Malaysia pada harga RM1598 manakala Oppo R1x berharga RM1398. Harga ini termasuk GST. Manakala Oppo R7 tadi diumumkan berharga RMB2499 (~RM1459) dan R7 Plus pula RMB2999 (~RM1749) di China. Mungkin ia sedikit bertambah apabila tiba di Malaysia kelak. Ada mana-mana model Oppo siri-R yang berjaya mencuit minat anda?

Dari atas: R5, R1x, R7 & R7 Plus (tidak mengikut skala)
Oppo R5 sisi nipis UP Oppo R1x sisi nipis 1 OPPO-R7 sisi nipis UP OPPO-R7 Plus sisi nipis UP

Trackbacks

  1. […] Di China, Oppo R7 diumumkan berharga RMB2499 (~RM1459) dan R7 Plus pula RMB2999 (~RM1749). Mungkinkah GST akan menjadikan harga Oppo R7 lebih menarik? Jika anda mahu melihat perbezaan Oppo R5 dan Oppo R7, sila baca artikel ini: 4 Model Oppo Siri-R Yang Berbeza Masih Sama. […]

Apa komen anda?