11street buka tempahan Blackberry Leap di Malaysia

Share Button

Blackberry Malaysia hari ini mengumumkan peranti baru yang mereka pertama kali diperkenalkan di MWC Barcelona, akan tiba tidak lama lagi di Malaysia. Dikenali sebagai Blackberry Leap, ia disasarkan untuk pengguna profesional muda dan juga pelajar, yang mementingkan isu keselamatan dan privasi semasa bergerak. Blackberry Malaysia bekerjasama dengan laman beli-belah dalam talian, 11street untuk membuka tempahan awal Blackberry Leap di Malaysia.

Banner_BlackberryLeap_11street

Bermula dari hari ini 5 Mei, 11street membuka pra-tempahan untuk Blackberry Leap yang berharga RM1089 (termasuk GST) dan menawarkan hadiah percuma untuk tempahan terawal. Bagi 100 tempahan terawal, pembeli akan mendapat pouch kulit Blackberry Leap dan topi Blackberry secara percuma. 100 lagi tempahan selepas itu, akan menerima topi Blackberry percuma. Manakala untuk semua pembeli yang menempah awal sebelum 19 Mei 2015, semuanya akan menerima kupon 11street bernilai RM150. 11street akan mengambil tempahan Blackberry Leap secara eksklusif sehingga 19 Mei 2015, dan mula menghantar tempahan pada hari tersebut, 19 mei 2015. Manakala pengedar sah Blackberry yang lain akan mula menjual Blackberry Leap bermula 20 Mei 2015.

Blackberry Leap dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon S4 Pro dwi-teras 1.5GHz, dengan 2GB RAM & 16GB memori dalaman dan boleh ditambah dengan kad memori mikro-sd. Ia mempunyai skrin sentuh 5-inci HD (1280×720) dengan kepadatan 294ppi. Blackberry Leap didatangkan dengan sistem operasi BlackBerry OS 10.3.1 yang datang dengan fungsi seperti BlackBerry Blend & juga Amazon Appstore untuk memasang aplikasi Android terus ke dalam peranti BlackBerry.

Blackberry-leap-spec

Satu kelebihan BlackBerry Leap yang ditekankan adalah kapasiti baterinya sebesar 2800mAh & tidak boleh ubah, dapat menguasakan Leap selama 25 jam bagi penggunaan berat sepanjang hari. Tetapi dengan bateri sebesar itu, ia menjadikan Blackberry Leap peranti yang agak tebal pada 9.5 mm dan 170 gram berat. Ini satu lagi perkara yang nampaknya tidak menjadi fokus Blackberry, rekabentuk bergaya dan berat peranti.

Jika anda berminat untuk membeli Blackberry Leap, segera ke laman tempah Blackberry Leap di 11street di pautan di bawah ini, untuk peluang mendapatkan kupon 11street bernilai RM150, pouch kulit dan juga topi Blackberry secara percuma. Bertindak pantas, kerana hanya 100 tempahan pertama sahaja akan menerima semua hadiah yang disebut, percuma.

Tempah Blackberry Leap di 11street: http://www.11street.my/productdetail/blackberry-leap-708344

Blackberrry Leap front 01 Blackberrry Leap back 01

Apa komen anda?