10 tahun teknologi LG memperkasa rumah di Malaysia

Share Button

LG, satu jenama elektrik & elektronik yang popular, tahun ini meraikan ulangtahun ke-10 mereka di Malaysia. LG memang terkenal dengan pelbagai produk di rumah, serta inovasi yang dibawakan dalam setiap produk.

Antara produk mereka yang menarik adalah seperti mesin basuh dengan teknologi Inverter Direct drive, pembersih vakum robotik HOM-BOT Square dan juga televisyen melengkung Curved OLED TV. Produk keluaran LG juga diiktiraf ramai pakar apabila menerima 41 anugerah di pameran CES 2015 di Amerika Syarikat awal tahun ini.

Dalam acara sambutan 10 tahun ini, LG Malaysia memperlihatkan produk terbaru mereka untuk pasaran Malaysia. Salah satu darinya ialah barisan televisen Super UHD. TV ini menampilkan paparan IPS Ultra HD dengan resolusi 4K. Ia dilengkapi teknologi seperti ColorPrime yang menyerlahkan warna lebih realistik, dan juga teknologi Ultra Luminance yang memberi warna hitam yang gelap serta putih yang cerah. TV ini juga dilengkapi sistem pintar berasaskan WebOS 2.0, membolehkan pengguna menukar tetapan tanpa gangguan tontonan, serta menikmati kandungan hiburan dalam talian.

10 tahun LG Malaysia- TV SUHD

 

LG turut memperkenalkan TV dengan skrin melengkung OLED. Ciri terbaik skrin OLED ialah warna hitam yang sempurna melalui teknologi Perfect Black dan Perfect Color. Skrin melengkung turut memberi pengguna pengalaman berbeza dari skrin rata, dengan paparan berjarak sama dari semua sudut tontonan.

Di bahagian dapur pula, LG membawakan peti sejuk berteknologi ‘Door in Door’ yang menjimatkan tenaga. Satu sentuhan butang membolehkan akses ke makanan & minuman yang terletak di pintu peti sejuk, mengurangkan masalah kehilangan udara sejuk. Penjimatan tenaga hingga 41% tenaga ini turut dibantu ‘Inverter Linear Compressor’. Manakala teknologi LG Hygiene Fresh memastikan udara sentiasa bersih & tulen di dalam, di samping menapis sehingga 99.99% bakteria berbahaya.

10 tahun LG Malaysia- peti sejuk DooorInDoor

 

Satu lagi produk rumah LG yang terkenal, ialah mesin basuh. Dengan teknologi Inverter Direct Drive, ia menyambungkan motor terus ke dram. Ia menstabilkan motor, dan mengurangkan getaran serta bunyi bising. Manakala teknologi 6 Motion Direct Drive, membolehkan kitaran basuhan pelbagai, sama seperti basuhan tangan. Ia juga mempunyai pemanas terbina dalam, untuk melarutkan sabuh & menanggalkan kesan degil dengan mudah. Jaminan 10 tahun membuktikan keyakinan LG dengan kualiti mesin basuh keluarannya.

10 tahun LG Malaysia- mesin basuh inverter

 

LG juga menghasilkan penghawa dingin, yang datang dengan teknologi penghalau nyamuk. Penghalau nyamuk ini boleh berfungsi tanpa perlu menghidupkan penghawa dingin. Ia menggunakan gelombang ultrasonik yang tidak berbahaya kepada manusia, tetapi berkesan menghalau nyamuk. Selain itu, teknologi Inverter V dengan kompressor BLDC meningkatkan prestasi sambil menjimatkan tenaga. Manakala teknologi penapis habuk mikro dari 3M, memerangkap mikroskopik berbahaya untuk rumah yang lebih bersih.

Apa komen anda?