TV Samsung SUHD beri pengalaman pawagam di rumah

Share Button

Samsung Malaysia hari ini melancarkan siri terbaru televisyen pintar mereka, siri SUHD yang menampilkan standard lebih tinggi bagi definisi Ultra HD, untuk pengguna yang mahukan paparan terbaik, dalam rekabentuk skrin lengkung yang premium dan elegan.

Majlis pelancaran Samsung TV SUHD 2

TV SUHD baru ini dilengkapi teknologi kristal-nano, yang boleh memancarkan pelbagai warna cahaya mengikut saiz, bagi menghasilkan warna paling asli dan pengalaman gambar terbaik. Ini membolehkannya menghasilkan 64x lebih warna dari TV biasa. Ia juga boleh menghasilkan hitam yang lebih gelap serta tahap kecerahan 2.5x lebih dari TV UHD biasa.

TV SUHD ini dikuasakan sistem operasi Tizen. Tizen adalah platform web sumber-terbuka (open-source) bagi menjalan pelbagai aplikasi interaktif. Ini menjadikannya satu peralatan rumah pintar yang boleh berinteraksi dan digunakan dengan lebih banyak kandungan dalam pelbagai cara.

Samsung SUHD - melengkungnya skrin 78JS9500

 

Model baru TV Samsung SUHD ini menawarkan pelbagai fungsi pintar seperti paparan cuaca, masa & kalendar. Ia juga boleh berhubung terus dengan peranti Samsung untuk paparan pelbagai media di skrin lebih besar, ataupun menonton rancangan TV terus dari peranti mudahalih, menggunakan sambungan Bluetooth Rendah Tenaga (BLE).

Tiga model baru TV Samsung SUHD diperkenalkan & boleh dibeli bermula hari ini di Malaysia iaitu:

SUHD 78-inci JS9500 – RM 39,999
SUHD 65-inci JS9000 – RM 24,999
SUHD 55-inci JS8000 – RM 9,999

Semua harga di atas sudah termasuk GST 6%. Sangat menarik sekali harganya. Samsung Malaysia akan turut membawakan model TV SUHD 88-inci kelak, bagi yang mahukan paparan yang lebih besar.

 

Samsung SUHD - model bersama 78JS9500Samsung SUHD - tapak TV 78SJ9500Samsung SUHD - TV dan pembesar suara telurSamsung SUHD - pembesar suara lengkungSamsung SUHD - pembesar suara telurSamsung SUHD - 65JS9000Samsung SUHD - jemput beli tv ini

Apa komen anda?