Test Produk – HTC One M9+

Share Button

PENGENALAN

HTC akhirnya melancarkan telefon pintar terhebat mereka yang terkini, di Malaysia. Tetapi, ia membawa HTC One M9+ yang dilancarkan di China awal bulan ini, untuk pasaran Malaysia. HTC One M9 yang dilancarkan di MWC Barcelona, tidak akan datang ke sini. Kami telah berpeluang mencuba HTC One M9+ dan ingin berkongsi bersama anda pengalaman kami.

 

REKABENTUK LUAR

Terdapat tiga perkara yang dapat membezakan HTC One M9+ dengan One M9 dari pandangan luaran. Pertama, One M9+ memiliki bentuk fizikal lebih besar kerana ia dielngkapi skrin 5.2-inci, lebih besar dari One M9 yang mempunyai skrin 5-inci. Kedua, One M9+ memiliki pengimbas cap jari yang turut bertindak sebagai home skrin, di bawah skrin depan. Ketiga, kamera belakang One M9+ mempunyai dua lensa, berbanding One M9 hanya satu lensa.

Kini kita melihat terus pada One M9+. Ia masih mengekalkan badan besi unibodi sama seperti One M8 serta One M9. Tetapi didatangkan dalam tema dua-tona warna, dengan bingkainya mempunyai warna berbeza dari keseluruhan badan yang lain.

HTC One M9P - hadapan

Dari hadapan, dapat dilihat skrin besar 5.2-inci dengan resolusi QHD 2560×1440. Skrin ini menggunakan kaca keluaran Corning terbaru, Gorilla Glass 4. Kelihatan juga jelas di atas dan di bawah skrin, dua speaker stereo yang dikuasakan HTC Boomsound serta Dolby Audio. Dari aspek ini, HTC adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan pembesar suara terbina dalam yang hebat. pada speaker di bawha juga, terdapat satu butang fizikal yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Bagaimanapun, ianya bukan butang yang perlu ditekan dalam, ia hanya digunakan dengan meletakkan jari di atasnya, dan berfungsi samada sebagai butang Home jika ditekan sekali, ataupuns ebagai pengimbas cap jari apabila diletak jari lebih lama.

HTC One M9P - sisi kanan

Di semua sisi, HTC kelihatan mengekalkan semua posisi butang. Di sebelah kanan, HTC meletakkan semua butang kawalan. Butang kuasa di sebelah bawahnya, dan butang kawalan bunyi diletakkan di atas butang kuasa. Tetapi di bahagian atas sekali sisi kanan, terdapat slot untuk kad sim nano, yang menyokong sehingag 4G TDD dan juga FDD-LTE.

HTC One M9P - sisi kiri HTC One M9P - atas HTC One M9P - bawah

Di sebelah sisi kiri telefon, hanya terdapat satu slot untuk kad memori Mikro-SD, yang menyokong sehingga saiz 2TB. Di sebelah atas telefon, HTC tidak meletakkan apa-apa butang mahupun slot. Ia digunakan sepenuhnya sebagai pemancar dan penerima infra-merah. Manakala di bahagian bawah pula, terdapat port mikro-USB 2.0 di tengah dan port audio 3.5mm di sebelahnya.

HTC One M9P - belakang HTC One M9P - beakang duo kamera 2

Apabila dipusingkan ke belakang, dapat dilihat rekaan premium besi sepenuhnya pada badan One M9+, sama seperti yang terdapat pada One M8 dan juga One M9. Terdapat dua garisan di bawah dan di atas, yang digunakan sebagai penanda untuk antena. Di sebelah atasnya, terdapat kamera belakang dengan dua lensa, yang HTC panggil duo-kamera. Kamera dengan lensa lebih besar, menangkap gambar 20MP, dengan lensa kecil di atas merakam fous kedalaman pada tahap berbeza. Kamera ini dipadankan dengan LED Flash dwi-tona.

Dua HTC One M9P - depan Dua HTC One M9P - depan belakang Dua HTC One M9P - depan belakang 2 HTC One M9P - duo kamera HTC One M9P - pengimbas capjari

 

KUASA DALAMAN

HTC One M9+ secarasa keseluruhannya, mmempunyai kuasa dalaman yang sama seperti One M9, tetapi didatangkan dengan CPU berbeza. ia menggunakan CPU keluaran Mediatek, Helio X10 dengan 8-teras berkelajuan 2.2Ghz dan menyokong arahan 64-bit. Ia dipadankan dengan 3GB RAM LPDDR4 serta storan dalaman 32GB, yang boleh ditambah sebanyak 2TB lagi melalui slot kad memori mikro-SD.

HTC One M9p spec

HTC One M9+ mempunyai sokongan internet pantas 4G, yang serasi dengan rangkaian TDD-LTE yang banyak terdapat di China, dan juga FDD-LTE yang digunakan di Malaysia. Selain itu, ia mempunyai sokongan sambungan standard seperti WiFi 802.11 b/g/n serta Bluetooth 4.0 dan turut boleh menjadi WiFi hotspot untuk memberi data kepada peranti lain yang dahagakan internet.

 

SISTEM OPERASI & ANTARAMUKA

HTC menyediakan antaramuka One M9+ dengan versi terbaru antaramuka keluarannya, Sense 7 untuk digunakan bersama sistem operasi Android 5.0 Lollipop. Sekilas pandang, antaramuka Sense 7 kelihatan sama seperti Sense 6 yang lama.

HTC One M9 Plus - Sense UI 001HTC One M9 Plus - Sense UI 004HTC One M9 Plus - Sense UI 002

 

Dari skrin lock, anda boleh mengakses 4 aplikasi utama di bawahnya. Untuk membuka skrin lock, hanya sapu ikon kunci dari bawah ke atas. Kemudian anda akan dibawa ke paparan utama, Home. HTC masih menggunakan apps drawer, jadi semua aplikasi yang dipasang tersusun di dalam apps drawer, yang boleh diakses dari ikon tengah yang terletak di bawah antaramuka Home.

HTC One M9 Plus - Sense UI Apps 001HTC One M9 Plus - Sense UI Apps 002

Sense 7 membawakan ruangan khas di antaramuka Home. Ia akan mengesan lokasi anda di mana, contohnya rumah atau pejabat, dan memaparkan aplikasi yang sering digunakan mengikut lokasi pengguna.Pada sebelah kiri tingkap Home, terdapat satu tingkap khas yang memaparkan berita terkini pilihan pengguna, seperti penggunaan Fllipboard.

HTC One M9 Plus - Sense UI Themes

Satu perkara baru yang dibawa HTC ke dalam Sense 7, ialah kebolehan menukar theme. Ini menjadikan pengalaman pengguna antaramuka HTC One M9+, boleh ditukar dengan pantas segalanya termasuk ikon, wallpaper, skrin Lock dan macam-macam lagi.

HTC One M9 Plus - Sense UI 005HTC One M9 Plus - Sense UI 006

Untuk melihat notifikasi terbaru, ia menggunakan mekanisma biasa Android, iaitu sapuan dari atas ke bawah. Di sini, anda boleh melihat semua notifikasi terbaru. Jika anda tarik lagi notifikasi ini ke bawah, anda akan dapat melihat beberapa tetapan pantas yang biasa kelihatan pada kebanyak peranti Android, seperti pilihan Wifi, Bluetooth, tahap kecerahan skrin dan lain-lain.

HTC One M9 Plus - Fingerprint 005HTC One M9 Plus - Fingerprint 001HTC One M9 Plus - Fingerprint 002

HTC memperkenalkan satu fungsi baru iaitu pengimbas cap jari pada HTC One M9+. Untuk menetapkannya, anda boleh pergi ke dalam tetapan Settings. Penggunaan pengimbas cap jari ini sama seperti di iPhone 6, ia boleh diimbas dari mana-mana arah, dengan hanya meletakkan jari sahaja.

 

KAMERA

Kamera adalah satu kekuatan produk HTC sejak sekian lama. Tetapi taknologi Ultrapixel nampaknya tidak menerima sambutan yang baik pada One M8. Jadi, HTC melengkapkan One M9+ dengan kamera 20MP.

HTC One M9 Plus - Camera UI 003 HTC One M9 Plus - Camera UI 002

Penggunaan aplikasi kamera HHTC One M9+ juga sangat mudah. Disebabkan ia mempunyai duo-kamera, ia boleh mengubah tetapan dari duo-kamera dengan kebolehan tahap kedalaman berbeza, ataupun kamera biasa dengan resolusi tertinggi 20MP. Pelbagai tetapan manual tersedia di bawah jika pengguna mahukan gambar yang lebih baik.

 

HTC One M9 Plus - Camera UI 005

HTC menggunakan teknologi Ultrapixel pada kamera hadapan One M9+. Seperti biasa, aplikasi kamera dilengkapi tetapan kecantikan ‘Beautify’. Tetapi tiada fungsi mengambil gambar dari jauh seperti kawalan suara ataupun lambaian tangan untuk mengambil gambar secara automatik.

Contoh Gambar yang diambil dengan kamera HTC One M9+

H7 H4 H6

 

PRESTASI

Kami sempat mencuba prestasi HTC One M9+, melalui aplikasi becnhmark Antutu dan juga Geekbench 3.

HTC One M9 Plus - Benchmark Antutu 005HTC One M9 Plus - Benchmark Antutu 004HTC One M9 Plus - Benchmark Antutu 003

Dari ujian pantas Antutu becnhmark yang kami jalankan, HTC One M9+ mempereolehi markah sebanyak 50075, lebih tinggi dari Meizu MX4 dan juga Galaxy Note 4. Markah ini kelihatan hampir sama dengan prestasi pada HTC One M9 yang menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon.

HTC One M9 Plus - Benchmark Geekbench 001HTC One M9 Plus - Benchmark Geekbench 002HTC One M9 Plus - Benchmark Geekbench 003

Manakala ujian Geekbench 3 pula menunjukkan, ia mendapat markah 1018 untuk ujian satu-teras, dan 5144 markah untuk ujian pelbagai-teras. markah ujian satu teras ini menunjukkan ia lebih baik dari CPU Qualcomm Snapdragon 801. Manakala pada ujian pelbagai teras, ia jauh meninggalkan Qualcomm Snapdragon 801. Sokonga 64-bit mungkin sedikit sebanyak membantu markah yang lebih tinggi ini.

 

KESIMPULAN

HTC One M9+ adalah satu telefon pintar yang mengekalkan ciri ikonik HTC untuk siri One M, dengan badan besi sepenuhnya. HTC kelihatan cuba mengekalkan rekaan One M8 yang menerima banyak pujian dan anugerah tahun lepas. Tetapi tahun 2015, rekaan ini kelihatan sedikit ketinggalan, apabila Samsung sendiri berubah dan tidak lagi bergantung pada rekaan plastik dan kulit palsunya. Pada satu aspek, ia mungkin akan mengekalkan peminat rekaan badan besi sepenuhnya, terutama peminat produk HTC sendiri.

Satu kekuatan yang kami lihat ada pada HTC, ialah kameranya yang mempunyai dua lensa. Ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk meluahkan lebih banyak kreativiti mengambil gambar. Aplikasi seperti Zoe dan EYE Experience turut membantu memudahkan pengguna mengedit dna berkongsi gambar di laman sosial.

Tetapi kami masih musykil, mengapakah HTC memperkenalkan One M9+, tidak sampai sebulan selepas One M9 dilancarkan. Adakah HTC mahu terus mengeluarkan pelbagai peranti keals utama lebih banyak tahun ini, berbanding tahun lepas? Apa yang pasti, HTC telah pun beralih arah dengan One M9+, apabila ia menggunakan CPU Mediatek, bukan lagi Qualcomm. Adakah HTC akan kekal di landasan pengeluar peranti pintar kelas utama?

Apa komen anda?