SKMM tetapkan prabayar perlu membayar tambahan GST

Share Button

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini membuat kenyataan rasmi, tentang cukai GST berkaitan isian semula prabayar. Kini, ia ditetapkan dengan tambahan GST 6%. Bermakna, belian isian semula bernilai RM10, perlu dibayar sebanyak RM10.60. Begitu juga untuk isian semula RM30, akan dikenakan bayaran RM31.80.

Menurut kenyataan rasmi SKMM tersebut, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan sistem tanpa GST, dalam masa dua hari lepas pelaksanaan GST. Ini kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem-sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen-ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar-pasar raya, stesen minyak dan ejen-ejen jualan lain.

Walaubagaimanapun, pihak SKMM masih menantikan kajian yang sedang dijalankan oleh pembekal komunikasi, untuk menilai sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan. Kajian tersebut dimaklumkan telah hampir selesai dan keputusannya akan dipersembahkan kepada pihak-pihak yang berkaitan pada minggu hadapan. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah bersetuju untuk membenarkan kajian ini dilaksanakan sebelum apa jua keputusan selanjutnya dibuat.

Perlu difahami bahawa, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan respon dari rakyat, sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 dengan tambahan 6% GST) atau RM10.00 (isian semula dengan nilai RM9.43 dengan tambahan 6% GST). Kedua-dua pilihan ini dikenakan GST 6%.

Walau apapun hasil kajian ini, kerajaan tetap mengenakan GST 6% untuk isian semula prabayar ini. Pihak pembekal hanya melaksanakan keputusan jemaah menteri yang menetapkan GST 6% terhadap prabayar, dan hanya perlu mengubah sistem mereka untuk mengikut kiraan cukai GST yang mana lebih dimahukan oleh rakyat. Jangan fikir anda akan terlepas dari membayar GST bagi isian semula prabayar ini.

[Sumber]

skmm logo

Apa komen anda?