Senheng mula buka tempahan Surface 3

Share Button

Microsoft Malaysia sebelum ini mengumumkan tablet terbaru keluaran mereka, Surface 3 akan mula dijual di Malaysia bermula 7 Mei 2015. Tetapi, kepada pembeli yang berminat, ia boleh mula ditempah bermula 13 April 2015, iaitu hari Isnin akan datang. Surface 3 adalah tablet seperti Surface 3 Pro dengan perkakas lebih rendah, serta skrin lebih kecil tetapi lebih ringan dan nipis.

Senheng, salah satu pengedar barangan elektrik dan elektronik di Malaysia, telah pun membuka laman tempahan Surface 3 ini. Tetapi tempahan hanya boleh mula dibuat bermula Isnin, 13 April 2015. Oleh itu, Senheng memberi tawran menarik bagi yang membuat tempahan awal melaluinya.

Senheng menawarkan jaminan tambahan persendirian setahun dari jaminan asal Microsoft, menjadikannya ia dijamin oleh Senheng selama dua tahun. Selain ini, Senheng turut memberikan pelekat luaran (skin) Surface 3 percuma. Kedua-dua tawaran ini terbuka untuk tempahan awal sahaja, selagi stok masih ada.

Senheng memaparkan dua model Surface 3 untuk tempahan awal ini. Versi pertama dengan 2GB RAM dan 64GB storan dijual pada harga RM1989. Mnakala versi kedua dengan 4GB RAM dan 128GB storan pula berharga RM2389. Type Cover untuk Surface 3, yang digunakan untuk memberi pengalaman penggunaan seperti laptop, dijual pada harga RM479 dengan dua pilihan warna, biru terang dan hitam. Surface Pen yang dijual berasingan, juga dipaparkan dengan harga RM159.

tempah surface 3 dan type cover di senheng preorder-senheng-microsoft-surface-3-pen

Surface 3 adalah tablet keluaran Microsoft yang dikuasakan Windows 8.1 versi penuh, dan boleh dinaiktaraf kepada Windows 10 kemudian. Ia mempunyai skrin sentuh HD penuh 10.8-inci, dan dikuasakan CPU Intel Atom x7. Ia datang dengan kamera belakang 8MP dan kamera depan 3.5MP. Baca laporan awal kami tentang Surface 3 di sini.

Kepada yang berminat dengan tawaran ini, boleh membuat tempahan bermula 13 April 2015, di lamanweb Surface 3 Senheng, atau pergi sahaja ke mana-mana cawangan Senheng di seluruh Malaysia.

[Sumber]

 

 

Apa komen anda?