Satu Campur Satu adalah Maxis

Share Button

Selepas pengumuman ketibaan OnePlus One di Malaysia, lamanweb jualan OnePlus di https://oneplus.net/my telah mempamerkan jam dengan kiraan menurun ke tarikh pelancaran di Malaysia, iaitu 22 April 2015. Di bawah jam tersebut, terdapat 3 butang yang tertulis, lihat pra-pelancaran, Facebook dan butang Forum.

Butang pra-pelancaran tersebut membawa ke paparan lamanweb Maxis. Lamanweb tersebut turut menyatakan OnePlus One akan tiba secara ekslusif di Maxis pada 22 April 2015. Ini merupakan satu pemecah tradisi bagi jualan OnePlus yang unik, yang selama ini kebanyakannya dibuat dalam talian di seluruh dunia.

Dengan ini, Maxis mungkin akan menjadi syarikat telekomunikasi pertama di dunia, menawarkan OnePlus One secara kontrak dengan pelan mereka. Jika ia mengikut apa yang dilakukan Maxis kepada jualan Samsung Galaxy S6, mungkin hanya pelan MaxisONE dengan panggilan dan sms tanpa had ditawarkan untuk kontrak bersama telefon OnePlus One kelak.

Oneplus hello malaysia

 

Apa komen anda?