S6 edge Emas Platinum habis ditempah di hari pertama

Share Button

Samsung Malaysia hari ini mula menjual telefon pintar utama terbaru mereka, Galaxy S6 & S6 edge di Malaysia. Sebelum ini, Samsung membuka tempahan Galaxy S6 & S6 edge lebih awal, bermula dari 2 April lepas. Bagi meraikan jualan hari pertama ini, Samsung Malaysia mengadakan upacara sambutan yang amat meriah, di Stor Samsung The Gardens, Kuala Lumpur.

Permintaan terhadap tempahan Galaxy S6 & S6 edge di seluruh dunia, melebihi jangkaan awal Samsung sendiri. Sebanyak 20 juta telefon pintar Galaxy S6 & S6 edge ditempah di peringkat antarabangsa. Di Malaysia, permintaannya juga sangat menggalakkan, dengan unit Galaxy s6 edge berwarna Emas Platinum kehabisan stok kerana tempahan luar biasa dari pengguna Malaysia. Samsung Malaysia menjanjikan stok semula unit ini secepat mungkin, kepada pembeli yang masih menantikannya.

Galaxy S6 Emas Platinum

 

Dato’ Lee Chong Wei turut sama berada di majlis jualan hari ini, untuk meraikan ketibaan dan permulaan jualan Galaxy S6 & S6 edge di Stor Samsung & pengedar di seluruh Malaysia. Terdapat sesi istimewa bertemu dan berjumpa Dato’ Lee Chong Wei di samping beliau memberikan raket badminton yang ditandatanganinya, kepada pembeli Galaxy S6 & S6 edge yang bertuah.

Galaxy S6 1st day sale - LCW

 

Tempahan sebelum jualan ini adalah kali pertama dilakukan oleh Samsung secara global. Di Malaysia, Samsung turut mengadakan acara pencarian encik S6 di seluruh Malaysia, yang menawarkan telefon pintar Galaxy S6 & S6 edge sendiri kepada yang berjaya mencarinya. Upacara penyampaian hadiah pertandingan ini turut diadakan di The Gardens hari ini.

Galaxy S6 1st day sale - myGalaxyS6 hunt

 

Galaxy S6 & S6 edge adalah satu telefon pintar yang direka semula Samsung & tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Ia menampilkan badan besi dengan kaca di belakangnya, rekaan premium yang pertama kali dilakukan Samsung. Pilihan warna peranti ini juga sangat menarik, berbeza dari mana-mana warna peranti yang pernah dilihat sebelum ini.

Beberapa fungsi menarik diperkenalkan Samsung pada telefon baru ini seperti pengecas tanpa wayar terbina dalam, kamera belakang dengan apertur F1.9, rekaan badan senipis 6.8mm (S6 edge 7.0mm) & seringan 138 gram (s6 edge 132 gram) dan skrin Super AMOLED 5.1-inci beresolusi QuadHD 2560×1440.

Telefon pintar Samsung Galaxy S6 dijual pada harga RM2599, manakala Galaxy S6 edge berharga RM3099. Terdapat tiga warna pilihan yang sama untuk Galaxy S6 & S6 edge iaitu Putih Mutiara, Hitam Sapphire & Emas Platinum. Manakal warna tambahan Biru Topaz terdapat khas untuk Galaxy S6 & Hijau Emerald untuk S6 edge.

Dapatkan semua maklumat dan info berkaitan telefon pintar ini, dari laman khas kami di alamat www.theskop.com/GalaxyS6

 

Galaxy S6 1st day sale - eager prebookGalaxy S6 1st day sale - sale startoGalaxy S6 1st day sale - S6 in store

Apa komen anda?