RAKU sediakan platform strim untuk Malaysia dari Malaysia

Share Button

Pasti ramai penggemar muzik di Malaysia, mempunyai aplikasi pilihan penstriman lagu sendiri. Spotify, Deezer, Guvera, KKbox, dan banyak lagi boleh didapati dari stor aplikasi peranti masing-masing. Tetapi kesemua ini membawakan pilihan lagu antarabangsa, dan agak sukar mendapatkan bukan sahaja lagu, malah kandungan tempatan untuk didengari. Bagaimana jika anda kini boleh mendengar bukan sahaja lagu tempatan, malah kandungan daripada radio di Malaysia. bila-bila masa sahaja?

Astro baru sahaja melancarkan aplikasi RAKU, sebuah aplikasi perkhidmatan penstriman muzik dan radio Malaysia yang tersendiri, yang boleh didengari menerusi telefon pintar, tablet dan komputer peribadi oleh peminat radio dan muzik tempatan.

barisan artis dan staf astro di pelancaran RAKU

RAKU mendapat nama dari singkatan Radio AKU. Jadi, rakyat Malaysia kini boleh menstrim jutaan lagu, video serta menikmati lebih daripada 20 stesen radio dan podcast secara langsung dengan percuma. Mereka boleh mendengar stesen radio kegemaran mereka, dan juga melihat dan mendengar sendiri senarai lagu-lagu kegemaran artis, kugiran dan selebriti di Malaysia. RAKU memiliki paparan antara muka berciri tempatan dan terdapat dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Bagi mendapatkan lebih fungsi, pengguna boleh melanggani RAKU Premium. RAKU Premium hadir dengan akses tanpa had kepada jutaan lagu, senarai lagu yang boleh diubahsuai, radio atas-permintaan, dan pelbagai tambahan istimewa lain seperti kemudahan muat turun muzik ke dalam peranti mereka sewaktu berada di luar talian. Dengan akses Premium, pengguna boleh mencipta stesen radio dan senarai lagu kegemaran mereka sendiri dan berkongsi senarai peribadi mereka dengan rakan-rakan di media sosial. RAKU Premium boleh dilanggan dengan harga RM14.90 sebulan menerusi lamanweb www.raku.my dan juga di Google Play Store, serta USD5.99 di Apple App Store.

Di majlis pelancaran, RAKU turut mengumumkan Digi sebagai rakan iklan premier pertamanya. Kini, pelanggan Digi boleh menikmati strim tanpa had mendengar hitz fm, ERA fm dan MY FM menerusi tawaran terkini Digi melalui pas Digi Music Freedom.

penggunaan RAKu di peranti

Apa komen anda?