Promosi Hebat Xiaomi Malaysia 8 April ini

Share Button

Mi Fan Festival yang akan diadakan Xiaomi pada 8 April nanti, tidak diadakan di hanya China sahaja. Festival yang diadakan sempena ulangtahun ke-5 Xiaomi ini, akan diraikan di seluruh dunia, dengan pelbagai promosi khas dan tawaran istimewa kepada pembeli produk Xiaomi.

Mi Malaysia mengumumkan, pada 8 April 2015 kelak, akan diadakan dua slot jualan terhad istimewa. Satu slot akan dibuka pada jam 12 tengahari, dan satu lagi slot pada jam 8 malam. Produk istimewa yang akan dijual pada jualan terhad 8 April nanti adalah:

* Redmi 2 (Kelabu gelap) – RM449
* Mi Power Bank 5000 mAh (Merah) – RM40
* Mi LED Light (Biru dan Putih) – RM16
*Mi Band Strap (Biru & Kuning) – RM16
* Mi Phone Stand (Lembu Moo Biru) – RM10
* Mi headphones – RM319

barang baru xiaomi malaysia mi fan festival

 

Selain jualan terhad istimewa ini, akan terdapat pelbagai lagi promosi dan jualan istimewa tanpa had. Satu permainan yang diberi nama ‘Give Mi Five‘, memberikan anda peluang memenangi pelbagai kupon aksesori & Mi Gift Cards yang boleh digunakan untuk membeli produk Xiaomi. Permainan ‘Give Mi Five’ ini dibuka dari 31 Mac 2015 sehingga 7 April 2015. Semua kupon aksesori & Gift Cards yang dimenangi ketika permainan ini, harus digunakan sebelum jam 10 malam pada 8 April 2015 nanti.

Mi malaysia Give mi Five

Xiaomi turut membuat jualan dengan diskaun sehingga 90% bagi aksesori terpilih. Perlu diingatkan, sebarang belian dibawah RM100 akan dikenakan caj penghantaran (RM15 Malaysia Barat & RM25 Malaysia Timur). Pastikan anda membeli lebih dari RM100 untuk penghantaran percuma. Kumpul belian bersama rakan jika tidak mencukupi.

diskaun istimewa MFF2015

Paling menarik, Xiaomi menawarkan wang pulangan 100% bagi pembelian peranti pintar Xiaomi iaitu Redmi 2, Redmi Note 4G dan Mi Pad. Bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam pada 8 April nanti, seorang pembeli bertuah akan dipilih pada setiap 2 jam. Pembeli bertuah ini akan menerima wang pulangan 100% pada peranti pintar yang dibelinya. Sebanyak 6 pembeli bertuah akan dipilih untuk tawaran hebat ini.

PayPal turut sama menyertai sambutan Mi Fan Festival kali ini. Paypal akan memberikan diskaun 30% bagi produk terpilih, jika pembeli membayarnya menggunakan akaun PayPal. Perhatian, pilih pembayaran ‘PayPal Special‘ semasa checkout belian untuk mendapatkan diskaun ini. Terdapat tiga produk dengan diskaun istimewa Paypal ini iaitu Mi In-Ear Headphones (Rose Gold), Mi In-Ear Headphones Basic (Putih) dan Mi Power Bank 10400mAh.

PayPal special MFF2015

Pastikan anda tidak terlepas promosi hebat dan jualan istimewa Mi Malaysia sempena ulangtahun ke-5 Xiaomi serta sambutan Mi Fan Festival pada 8 April 2015. Kumpul juga sebanyak mungkin kupon & Gift Cards melalui permainan ‘Give Mi Five’ sebelum itu. Jangan lupa, semua jualan Xiaomi ini hanya akan berlaku di lamanweb Mi Malaysia iaitu www.mi.com/my

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh kunjungi Facebook Mi Malaysia atau tweet ke @XiaomiMY.

Trackbacks

  1. […] jumlah keseluruhan jualan, menjadikannya laman e-dagang ketiga terbesar di China. Di  sambutan Mi Festival pada April yang lepas, Xiaomi telah menjual 2.12 juta telefom pintar hanya dalam masa 12 […]

Apa komen anda?