Prabayar dan Pascabayar sama-sama bayar GST

Share Button

Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM), adalah sebuah badan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hari ini memberi kenyataan rasmi berkenaan implementasi GST terhadap bidan telekomunikasi di Malaysia.

Menurut CFM, semua produk dan servis berkaitan telekomunikasi adalah barangan dengan kadar biasa GST di bawah akta GST 2014, iaitu 6%. Malah, semua servis komunikasi nudahalih tidak tertakluk di bawah kadar kosong atau dikecualikan dari GST, maka ia diwajibkan membayar GST.

Semua bayaran berkaitan talian pascabayar telah dikenakan Cukai Servis 6% sebelum ini, maka ia diubah kepada cukai GST yang tetap kekal pada kadar 6%. Tiada isu pada servis prabayar.

Tetapi bagi pengguna talian prabayar, semuanya tertakluk kepada akta GST 2014. Maka semua pengguna yang mahu membeli pek permulaan prabayar, SIM prabayar dan kupon tambahnilai prabayar, perlu membayar tambahan 6% dari harga asal. CFM menjelaskan, syarikat telekomunikasi tidak menaikkan harga ini, tetapi menjadi wakil yang mengutip cukai GST bagi pihak kerajaan.

Kesimpulannya, semua berkaitan prabayar dikenakan bayaran tambahan GST 6%.

Tetapi terdapat satu servis telekomunikasi yang diklasifikasikan di bawah kadar kosong GST, iaitu panggilan perayauan antarabangsa. Oleh itu, tiada caj tambahan GST 6% ke atas panggilaan perayauan antarabangsa.

Manakala produk mudahalih seperti tablet dan telefon pintar, beberapa kandungan terpilih, aplikasi serta lain-lain produk dan servis telekomunikasi dikenakan cukai GST 6%.

CFM menambah, mereka yakin semua pihak yang terlibat dalam sektor telekomunikasi dan multimedia dapat memastikan kelancaran implementasi GST kepada produk dan servis mereka. CFM akan meneruskan tugas memantau kepentingan dan hak pengguna dalam sektor telekomunikasi dan multimedia di Malaysia.

Bagi membantu pengguna mengetahui hak mereka dengan lebih baik, CFM akan menyediakan jawapan bagi soalan yang sering ditanyakan (FAQ) di website CFM www.cfm.my atau Facebook CFM.

Apa komen anda?