Perlukah memori Galaxy S6 lebih besar dijual di Malaysia

Share Button

Samsung Malaysia melancarkan Galaxy S6 dan S6 edge di Malaysia dalam satu kapasiti sahaja, iaitu 32GB. Walaubagaimanapun, bersyukurlah kerana Malaysia adalah salah satu negara yang menerima kesemua warna pilihan yang terdapat iaitu Putih Mutiara, Hitam, Emas Platinum dan warna tambahan Biru Topaz untuk Galaxy S6 serta Hijau Emerald untuk.

Tetapi, ini adalah satu perkara yang agak merisaukan kerana telefon pintar Galaxy S6 dan S6 edge ini tidak memiliki memori tambahan luaran. Tetapi anda mungkin tidak perlu lagi risau, kerana khabarnya kapasiti lebih besar mungkin akan dibawa ke Malaysia tidak lama lagi.

UP Harga Galaxy S6 SG ID TH

Dalam laporan harga Galaxy S6 sedunia kami sebelum ini, jika diperhatikan di Singapura, Galaxy S6 64GB dijual pada harga hampir sama dengan S6 edge 32GB. Manakala S6 edge 64GB harganya hampir sama dengan harga S6 128GB.. Jadi, boleh dijangka harga bagi kapasiti 64GB mungkin mencecah RM3099, sama seperti S6 edge 32GB. Manakala harga untuk Galaxy S6 edge 64GB pula, dijangka sekitar RM3599.

Ini pasti berita baik bagi yang risaukan masalah kapasiti Galaxy S6 dan S6 edge ini. Lebih banyak gambar dan video boleh diambil dan disimpan di dalam Galaxy S6 dan S6 edge. Tetapi jika harganya dijangka seperti disebut di atas, mahukah anda membelinya?

Apa komen anda?