Pandangan Awal berkenaan Apple Watch

Share Button

Apple telah memperkenalkan jam tangan pintar pertama keluarannya, iaitu Apple Watch. Apple Watch ini telah dijadualkan untuk mula dijual pada 24 April 2015 di beberapa negara terpilih. Untuk memberi peluang bakal pembeli mencuba jam tangan ini terlebih dahulu, Apple telah pun membuka sesi percubaan di Apple Store terpilih bermula 10 April 2015 yang lepas.

Kami telah mendapatkan respon dari kenalan yang telah pergi mencuba sendiri Apple Watch ini, di Apple Store yang tersedia dengan sesi percubaan Apple Watch. Menurut beliau, paparan pada skrin Apple Watch kelihatan tajam dan terang, serta menarik. Tetapi Apple Watch yang terdapat pada sesi ujian ini, tidak dapat dicuba lebih lanjut. Ia hanya memaparkan demo yang berulang-ulang, tetapi turut disertakan demo getaran haptik. Getaran haptik ini adalah sejenis getaran yang tidak terlalu mengganggu, tetapi cukup untuk memberi tindak balas kepada pemakai, tentang  notifikasi atau sesuatu yang perlu diberi perhatian.

TEST Apple Watch metal band GMT

Badan Apple Watch itu sendiri, tidak terasa berat. Tetapi ia terlalu ringan, untuk dibandingkan dengan jam tangan biasa. Apatah lagi, kenalan kami ini pemakai jam tangan keluaran Tag Heuer, yang sering mengeluarkan jam tangan berbadan tebal dan tahan lasak.

TEST Apple Watch metal band

Tentang perbezaan Apple Watch dengan Apple Watch Sport, beliau berpendapat ianya memang berbaloi. Badan besi tahan karat adalah satu tambahan yang bagus, tetapi kaca sapphire yang terdapat pada Apple Watch, menjadikan perbezaan serendah USD200 (~RM 725) dengan Apple Watch Sport sangat berbaloi. Pengguna jam tangan dengan kaca sapphire, tahu bagaimana ketahanan kaca ini dalam kehidupan seharian. Tambahan lagi, Apple Watch menggunakan standard tali universal, dan boleh ditukar ganti dengan tali jam tangan biasa. Tetapi ini tidak terdapat pada Apple Watch Sport, yang menggunakan tali jam tangan tetap dan tidak boleh diubah sendiri.

Tetapi bagi tali besi yang merupakan salah satu pilihan untuk belian Apple Watch, beliau merasakan ianya tidak sepadan. Besi ini terasa terlalu ringan, dan seperti mudah tercabut jika sedikit tekanan diberikan atau dipaksa untuk dicabut.

Berikut adalah sedikit maklumbalas yang diberikan kenalan kami, yang telah pergi mencuba Apple Watch dan Apple Watch Sport di Apple Store sendiri. Tetapi beliau tidak berkesempatan untuk mencuba Apple Watch Edition dengan badan diperbuat dari emas. Beliau membuat keputusan untuk membeli Apple Watch dengan tali besi, kerana Apple Watch Sport tidak boleh ditukar talinya serta tidak mempunyai kaca Sapphire.

Bagaimana pula dengan anda di Malaysia? Adakah sesiapa yang sudah bersedia untuk mendapatkannya pada 24 April nanti? Berapakah pula harga yang sanggup anda bayar untuk menjadi yang pertama memiliki Apple Watch di Malaysia? Harga dan jenis Apple Watch yang akan dijual kelak, adalah seperti berikut:

1. Apple Watch Sport – badan aluminium 38mm dengan kaca ion-X bertali getah – USD349 (~RM1250)

2. Apple Watch Sport – badan aluminium 42mm dengan kaca ion-X bertali getah – USD399 (~RM1399)

3. Apple Watch – badan besi tahan karat 38mm dengan kaca Sapphire serta pelbagai jenis tali – dari USD549 (~RM1949) hingga USD1049 (~RM3699)

4. Apple Watch – badan besi tahan karat 42mm dengan kaca Sapphire serta pelbagai jenis tali – dari USD599 (~RM2099) hingga USD1099 (~RM3849)

5. Apple Watch Edition – badan emas 18-karat 38mm dengan kaca Sapphire serta pelbagai jenis tali –dari USD10,000 (~RM36,000) hingga USD17,000 (~RM61,000)

6. Apple Watch Edition – badan emas 18-karat 42mm dengan kaca Sapphire serta pelbagai jenis tali –dari USD12,000 (~RM43,000) hingga USD15,000 (~RM54,000)

 

DISPLAY Apple Watch 42mm DISPLAY Apple Watch Sport 42mm 2 DISPLAY Apple Watch Edition 42mm

Apa komen anda?