PANAS: Adakah saya sanggup buang iPhone untuk Samsung Galaxy S6?

Share Button

Galaxy S6 dan iphone 6

Sebagai pemakai iPhone 6 (dan sebelum ini menggunakan iPhone 3GS dan 5S), sudah pasti ada yang mengatakan saya bakal ‘bias’ atau berat sebelah terutama selepas memegang dan menguji pula Samsung Galaxy S6.

Ah! Mungkin ada benarnya tetapi saya perlu mengakui S6 yang baru mempunyai paparan yang lebih cantik, kamera yang hebat dan rekaannya pun lain dari yang biasa dikeluarkan Samsung sebelum ini.

Saya tidak menggemari produk Samsung sebelum ini dari S5 mahupun Note 4 dari sudut rekaan kerana bagi saya ia agak biasa dan tidak nampak uniknya. Selepas saya memuji S6 dari aspek kamera, paparan dan rekaan, adakah saya akan mengenepikan iPhone 6 dan beralih kepada S6?

Tidak. Saya tidak rasa saya boleh meninggalkan iPhone.

Saya mempunyai alasan tersendiri dan paling besar impak bagi saya ialah sistem mesej Apple Messages itu sendiri dalam ciri Family Sharing di mana saya berkomunikasi dengan ahli keluarga meskipun tanpa menggunakan iPhone. Adik saya menggunakan iPod manakala seorang lagi pemakai Macbook sementara ayah pula kerap dengan iPadnya. Tetapi kami masih boleh berkomunikasi tanpa sekatan platform dan berkongsi pelbagai perkara seperti nota dengan Family Sharing tersebut.

Selain itu, saya masih menganggap aplikasi pada iOS lebih banyak dan bagus berbanding Google Play (disebabkan Samsung menggunakan platform Android). Saya pembangun aplikasi lebih mendahulukan iOS berbanding Android menjadikan kebanyak aplikasi baru yang diingini masuk dulu di Apps Store.

Meskipun ada aplikasi yang ada pada Android tetapi tidak pada iOS seperti Nova Launcher, tetapi bagi saya aplikasi lebih penting seperti Hyperlapse yang dikeluarkan Instagram lebih dulu menemui pengguna Apple dan ia aplikasi yang seronok dipakai,

Dan bakal tiba Apple Watch. Bukanlah peranti seperti Pebble atau Gear S tidak kena untuk dipadankan dengan iPhone tetapi Apple Watch nanti lebih komprehensif. Ada Apple Pay, boleh menghidupkan kenderaan, kunci kepada bilik hotel dan banyak lagi. Sudah pasti ia lebih baik dari Android Wear.

Itu secara ringkas saja. Ada lagi yang sependapat dengan saya atau mahu menambah?

Apa komen anda?