Microsoft Malaysia mula ambil tempahan Surface 3

Share Button

Tempahan kini dibuka di Malaysia. Microsoft Malaysia hari ini dengan rasminya mengumumkan mula mengambil tempahan untuk tablet terbaru mereka, Surface 3. Terdapat dua model diperkenalkan untuk Malaysia, iaitu versi 2GB RAM denngan storan 64GB berharga RM1989 dan juga versi 4GB RAM serta 128GB storan berharga RM2389. Harga ini adalah termasuk GST 6%. Surface 3 akan mula dijual di Malaysia pada 5 Mei 2015. Bagi yang menempah awal sebelum 5 Mei, Microsoft akan memberikan pelekat untuk badan Surface 3 secara percuma.

Surface 3 adalah tablet yang lebih ringan, lebih nipis dan lebih murah dari Surface Pro 3 yang dilancarkan tahun lepas. Tetapi, ia juga memiliki perkakas yang lebih rendah berbanding Surface Pro 3. Surface 3 menggunakan CPU Intel Atom x7, berbanding CPU Intel Core-i pada Surface Pro 3. Tetapi CPU ini juga memberikan jangka hayat bateri yang lebih panjang bagi Surface 3.

Surface 3 - depan Surface 3 - atas Surface 3 - kananSurface 3 - kiriSurface 3 - label model

 

Satu lagi kekurangan Surface 3 ialah, ketiadaan Pen Surface. Ia boleh dibeli berasingan pada harga RM189 dengan 3 pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah. Type Cover yang menukar pengalaman Surface 3 kepada laptop turut dijual berasingan pada harga RM479 dengan 3 warna seperti Pen Surface juga. Terdapat satu aksesori turut diperkenalkan untuk Surface 3, yang menjadikan pengalaman penggunaan seperti Desktop. Docking station memberi akses port tambahan seperti Ethernet LAN dan lebih port USB bagi Surface 3,  dijual pada harga RM769.

Antara perkara baru yang diperkenalkan pada Surface 3 yang kami sangat tertarik, ialah port kuasanya. Ia kini boleh dicas melalui port mikro-USB, sama seperti telefon pintar dan tablet. Ini membolehkan penggunaan powerbank ataupun mana-mana pengecas peranti lain digunakan untuk mengecas Surface 3.

 

Bagi pengguna yang berminat, Surface 3 kini boleh ditempah di salah satu dari pengedar di bawah. Microsoft Malaysia turut memberikan skin percuma, untuk mereka yang menempah awal sebelum 5 Mei 2015. Senarai pengedar yang terlibat adalah:

1. Aone Plus Supplies and Services
2. Harvey Norman
3. All IT Hypermarket
4. PC Image Sdn Bhd
5. SenHeng / SenQ
6. SNS Network
7. Thundermatch Technology
8. Viewnet Computer Systems
9. Hello Station (Nokia Outlet)
10. Style Vision

Manakala pelanggan perniagaan, boleh berhubung dengan pengedar bahagian perniagaan seperti di bawah:

1. Alphamatic
2. Complete Human Network
3. Jardine OneSolution
4. Night Electronics
5. SoftwareOne
6. SRKK

 

Perbandingan Surface 3 (skrin lebih kecil 10.8 inci) serta Surface Pro 3 (skrin 12 inci)

Surface 3 vs 3 Pro depan Surface 3 vs 3 Pro belakangSurface 3 vs 3 Pro saiz skrinSurface 3 di atas 3 Pro

Comments

  1. hi geng “theskop” , this is my first time i visit ur web… i tercari2 mana nak subscribe ur rss couse usually i just read using “feedly” sahaja….so ada disorok mana2 ke nih..xnampak pon… btw, tq…i have another new web to read about gedget after amanz & soya cincau…

Apa komen anda?