Mi4 sebenar muncul di SIRIM bersama Mi Note

Share Button

Dalam kesibukan Xiaomi menyediakan pentas untuk pelancaran produk mereka di New Delhi, India, nampaknya mereka masih berusaha untuk membawa produk yang sedia ada ke Malaysia. Telefon pintar Mi Note yang diperkenalkan pada awal tahun ini, telah dijanjikan ketika pelancarannya di China, untuk tiba di Malaysia pada suku kedua tahun 2015, yang bermula dari April sehingga bulan Jun. Dan ia kelihatan seperti sudah tidak terlalu lama lagi.

xiaomi-mi-note-mi4-sirim

Baru-baru ini telah ditemui di pengkalan data SIRIM, tentang pendaftaran peranti baru di bawah nama Xiaomi Malaysia. Peranti dengan nombor model 205011 dipercayai adalah Mi Note yang dijanjikan ketibaannya di Malaysia. Ia dilihat menyokong dwi-sim dengan sokongan 4G-LTE yang serasi dengan rangkaian Malaysia (1800/2600MHz).

Mi Note buluh

Manakala peranti kedua yang turut sama muncul dalam pengkalan data SIRIM itu, adalah sebuah peranti dengan nombor model 20140215. Dipercayai ini adalah telefon pintar Mi4, tetapi tanpa sokongan rangkaian 4G-LTE. Walaupun sudah berkali-kali diterangkan oleh Xiaomi Malaysia, yang Mi4 tidak akan dibawa masuk ke Malaysia, langkah ini mungkin akan disambut baik oleh peminat Xiaomi di Malaysia, yang mahu membeli Mi4 melalui saluran rasmi. Mungkin mereka tidak kisahkan ketiadaan 4G pada Mi4 itu.

Mi4 depan belakang

Kini timbul pula persoalan, bagaimanakah jika pelancaran di India esok, adalah Mi4i, peranti yang mungkin sama seperti Mi4 tetapi tidak serupa. Khabar angin yang kami dengari mengatakan, ia mungkin membawa rekabentuk luaran yang berbeza dari Mi4 sedia ada. Walaubagaimanapun, pasaran Malaysia akan lebih meriah dengan kemasukan tiga peranti Xiaomi sekaligus, termasuk yang bakal dilancarkan di India esok.

Ikuti kami untuk mendapatkan laporan secara langsung pelancaran Xiaomi di India esok melalui Facebook dan Twitter @Theskop..

[Sumber: 1, 2]

Trackbacks

  1. […] Mi Note telah dikesan dalam pangkalan data SIRIM sejak bulan April 2015, menurut laporan kami di sini. Ketiga, Xiaomi Malaysia sendiri semasa pelancaran Mi Note pada Januari 2015, telah menjanjikan Mi […]

Apa komen anda?