Malaysia menjual Galaxy S6 & S6 edge paling murah di dunia

Share Button

Tahukah anda, negara Malaysia adalah tempat barangan elektrik dan elektronik antara termurah di dunia? Kerana itu juga, telefon pintar terbaru Samsung, iaitu Galaxy S6 dan S6 edge boleh dibeli dengan harga antara termurah di dunia, juga di Malaysia?

Kami telah mengumpulkan harga runcit telefon pintar Samsung Galaxy S6 dan S6 edge di 9 buah negara, dan kami bandingkan dengan harganya di Malaysia, selepas cukai GST. 9 buah negara ini kami pecahkan mengikut kawasan, iaitu Asia Tenggara, Asia dan juga luar Asia. Kesemua harga ini adalah mengikut kadar tukaran matawang asing yang diperolehi pada masa artikel ini ditaip (21 April 2015).

 

UP Harga Galaxy S6 SG ID THBagi kategori pertama, iaitu Asia Tenggara, kami mendapatkan harga Samsung Galaxy S6 dan S6 edge di negara yang berjiran dengan Malaysia iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia. Singapura dilihat memiliki semua model dan kapasiti iaitu 32GB, 64GB dan 128GB. Thailand pula mempunyai hanya satu model 32GB. Mankala Indonesia belum memulakan jualan, tetapi baru membuka tempahan untuk Galaxy S6 edge 32GB.

Dapat dilihat Indonesia menjual Galaxy S6 edge paling mahal berbanding Malaysia, Singapura dan Thailand. Manakala Singapura dan Thailand boleh dikatakan berkongsi harga Galaxy S6 paling mahal, dengan kapasiti 32GB dijual pada harga RM2681. Malaysia menjual Galaxy S6 lebih murah RM82 berbanding SIngapura dan Thailand, serta menjual Galaxy S6 edge RM39 lebih murah dari Singapura dan RM29 lebih murah berbanding Thailand. Di segi lain, Indonesia menjual S6 edge lebih RM400 mahal dari Malaysia, jauh lebih mahal juga dari Singapura dan Thailand.

 

UP Harga Galaxy S6 HK KS CHUntuk kategori kedua pula kami membariskan negara di Asia iaitu Hong Kong, negara asal Samsung sendiri iaitu Korea Selatan dan juga negara dengan bilangan penduduk teramai dunia, iaitu China. Selain model 32GB, Korea Selatan adalah satu-satunya negara menawarkan kapasiti 64GB untuk Galaxy S6. Manakala bagi Galaxy S6 edge, ketiga-tiga negara menjual kapasit 32GB dan 64GB.

Walaupun negara asal Samsung ialah Korea Selatan, tetapi ia menjual Galaxy S6 paling mahal dalam kategori ini. Tetapi ia tidak jauh berbeza dengan China, lebih dari RM500 mahal jika dibanding dengan harga Malaysia. Hong Kong pula hanya berbeza RM73 dengna harga Malaysia. Sama juga keadannya dengan Galaxy S6 edge, dibandingkan dengan Malaysia, Korea Selatan dan China menjual lebih mahal dengan perbezaan melebihi RM500. Hong Kong pula dilihat hampir sama harga S6 edge dengan Malaysia.

 

UP Harga Galaxy S6 OZ UK ASDi peringkat luar Asia pula, kami memilih 3 negara yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia, iaitu Australia, United Kingdom dan juga Amerika Syarikat. Ketiga-tiga kapasiti iaitu 32GB, 64GB dan 128GB dijual di Amerika Syarikat. Manakala Australia dan United Kingdom mempunyai kapasiti 32GB dan 64GB untuk Galaxy S6. Bagi Galaxy S6 edge pula, Australia menawarkan kapasiti 32GB dan 64GB, tetapi United Kingdom hanya mempunyai kapasiti 64GB sahaja.

Amerika Syarikat adalah satu negara yang bergantung kuat penjualan peranti dengan syarikat telekomunikasi (telko). Kami tidak terjumpa harga runcit Galaxy S6 dan S6 edge di sana. Kesemuanya dijual melalui telko, walaupun tanpa kontrak bersama plan. Dan kami menemui, telko Verizon menawarkan Galaxy S6 dan S6 edge paling murah di Amerika Syarikat. Verizon menjual Galaxy S6 32GB pada harga USD 599 (~RM2170) sahaja, hampir RM400 lebih murah dari Malaysia. S6 edge pula berharga USD699 (~RM2533). Pada telko lain di Amerika Syarikat, kami melihat harganya hampir sama dengan Malaysia. Tidak dapat dipastikan mengapakah Verizon boleh menjualnya tanpa kontrak sebegitu rendah.

Jika paling mahal, didapati United Kingdom menjual Galaxy S6 setinggi £599 (~RM3241), harga yang lebih mahal dari Galaxy S6 edge di Malaysia. Tiada kapasiti 32GB untuk S6 edge di UK, manakala Australia pula menjual S6 edge 32GB dengan harga RM3232.

 

Galaxy s6 dan s6 edge emas platinum

Beginilah sedikit sebanyak kajian yang kami lakukan untuk membandingkan harga telefon pintar terbaru Samsung ini, dengan negara luar. Jelas sekali, Malaysia adalah antara negara paling murah untuk membeli telefon pintar Galaxy S6 dan S6 edge, dan sebenarnya Malaysia juga adalah negara paling murah untuk membeli barangan elektronik lain. Sayangnya, jika Samsung mula menjual Galaxy S6 sebelum 1 April 2015, pasti harganya lebih rendah dari ini.

Walaubagaimanapun, bersyukurlah Galaxy S6 dan S6 edge di Malaysia masih lebih rendah dan jauh lagi murah berbanding negara lain, terutama di rantau ini.

Dapatkan semua maklumat dan info berkaitan Galaxy S6 dan S6 edge di: http://theskop.com/galaxys6/

[Sumber Harga: Galaxy S6 Singapura, Galaxy S6 edge Singapura, Indonesia, ThailandGalaxy S6 Hong Kong, Galaxy S6 edge Hong Kong, Galaxy S6 Korea Selatan, Galaxy S6 edge Korea Selatan, China, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat]

 

Apa komen anda?