Lebih dari satu HTC akan dilancarkan esok?

Share Button

HTC Malaysia telah membuka jemputan kepada peminat, untuk menyertai mereka dalam satu upacara pelancaran esok. Sehingga kini, HTC Malaysia masih belum memberitahu apakah produk yang mereka bakal lancarkan. Tetapi, di Facebook HTC Malaysia telah dipaparkan beberapa petunjuk tentang pelancaran esok. Apa yang pasti, ianya adalah telefon pintar.

Tetapi mungkin petunjuk ini menjadi lebih nyata, apabila tersebarnya twitter tentang majlis khas bersama pengedar HTC. Dalam jemputan tersebut, tajuk acara tersebut ialah ‘M9+ and Desire 826 Dealer Event‘, yang bermaksud, Acara Pengedar M9+ dan Desire 826.

HTC Malaysia memaparkan gambar petunjuk di Facebook dengan beberapa kenyataan, antaranya menyebut, Lebih dari Satu. Mungkinkah selain HTC One M9, HTC Malaysia akan turut melancarkan One M9+ dan juga Desire 826 dalam acara pelancaran bersama peminat esok? Persamaan dan perbezaan One M9 serta One M9+ boleh didapati di laporan kami bertajuk: Berapa Banyak Peranti Utama Dihasilkan HTC?

HTC Desire 826 pula adalah peranti kelas pertengahan, yang dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 615, sama seperti yang terdapat pada Mi 4i yang baru Xiaomi lancarkan minggu lepas. Desire 826 dilengkapi 2GB RAM dan 16GB storan dalaman, dan menyokong dwi-sim 4G-LTE. Ia mempunyai skrin 5.5-inci HD Penuh dengan kapasiti bateri 2600mAh.

HTC_Desire_826

Paling menarik pada Desire 826 adalah pada kameranya hadapannya. Ia dilengkapi dengan kamera Ultrapixel 4MP, sama seperti yang terdapat pada One M9. Manakala kamera belakangya beresolusi 13MP. Desire 826 mempunyai dua speaker stereo di hadapan, dan digerakkan oleh sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

Sama-samalah kita nantikannya petang esok. Kepada yang berjaya mendapatkan jemputan, jangan lupa untuk menyertai Theskop di Rootz Club esok.

Apa komen anda?