HTC secara rasmi menjemput peminat ke acara misteri

Share Button

Selepas mengeluarkan gambaran penantian, HTC Malaysia akhirnya memecahkan kebuntuan. Di Facebook HTC Malaysia, mereka telah mula mengeluarkan jemputan untuk acara 28 April akan datang. Tetapi, masih tiada sebarang maklumat diberikan tentang acara apakah yang akan dibuat pada 28 April tersebut.

Sama seperti beberapa jemputan dari OnePlus dan ASUS sebelum ini, mereka yang berminat untk hadir ke acara misteri ini, perlu memenangi jemputan untuk melayakkan mereka hadir. HTC telah menyediakan satu laman khas untuk peminat mendaftarkan diri mereka, dan berpeluang memenangi jemputan ke acara misteri HTC ini.

Untuk mendaftar, pertama sekali pergi ke laman pendaftaran di alamat ini: http://bit.ly/1DZQe5Z. Kemudian, isi butir peribadi anda dan akhir sekali, berikan sebab mengapa anda dan rakan ingin hadir ke acara misteri HTC ini. Betul, jika anda memenangi jemputan ini,anda akan boleh membawa seorang rakan untuk turut sama menemani anda menyaksikan upacara misteri ini.

Pendaftaran acara misteri HTC ini akan ditutup pada 24 April 2015, jam 11.59 tengah malam. Jadi pastikan anda mengisi borang pendaftaran tersebut beserta sebab anda ingin menyertainya. Paling baik, isi terus sekarang ni sebelum anda terlupa.

 

Anda dijemput ke acara HTC

Sekali lagi, acara misteri HTC ini akan diadakan pada 28 April 2015, iaitu hari selasa minggu depan. Ia akan dibuat di Rootz Club, Kuala Lumpur dari jam 6 petang hingga jam 9.30 malam. Pasti tiada maslaah untuk hadir, kerana ia dibuat di luar waktu pejabat.

Bagaimanapun, acara misteri ini masih lagi kekal misteri, kerana tidak dapat dipastikan dengan tepat, apakah yang ingin HTC Malaysia perkenalkan kali ini. Kalau nak tahu, pergi daftar sekarang untuk menangi jemputan ke acara ini.

Apa komen anda?