HTC mengajak menantikan tarikh 28 April

Share Button

Suku pertama tahun ini dipenuhi dengan pengenalan dan pelancaran pelbagai jenis peranti dan gajet, dari jenama utama di dunia. Dari CES di Amerika Syarikat, sehingga MWC di Sepanyol, mempamerkan macam-macam produk baru dengan teknologi hebat. Sejurus lepas itu, suku kedua tahun ini pula adalah masa merealisasikan produk tersebut ke pasaran, dengan cara mula menjualnya.

Samsung sudah membuat pelancaran di Malaysia, manakala ASUS sudah mula menghantar jemputan. OnePlus yang tidak berkaitan turut sama membuat penjualan, tetapi ada lagi yang kedatangan yang dinantikan. HTC Malaysia di twitter mereka @HTCMalaysia mempamerkan gambar dengan kenyataan untuk menantikan sesuatu bertarikh 28.04.15 serta hashtag #HTCONELIFE. Apakah penantian yang dimaksudkan ini?

 

Bersama gambar tersebut, HTC Malaysia menyertakan pautan ke akaun gambar di laman Ow.ly, di mana terdapat dua lagi gambar dipamerkan di akaun HTC Malaysia di situ.

HTC LebihDariSatu

Gambar pertama dengan perkatan MORE THAN ONE (lebih dari satu) memaparkan bahagian tepi telefon dengan 3 butang kelihatan. Manakala gambar kedua pula mempamerkan sisi yang lain dengan perkataan AN ICON (sebuah ikon). Di sini, ia memberi gambaran seperti HTC One M9, telefon pintar utama terbaru dari HTC. Adakah ini yang dinantikan?

 

HTC One M9 Youtube

 

Tetapi dengan pengumuman lebih dari satu, adakah ini memberi petunjuk HTC Malaysia akan memperkenalkan lebih banyak peranti pada 28 April nanti? Kerana minggu lepas, HTC melancarkan dua telefon pintar lebih baru, iaitu One M9+ dan juga One E9+. Sama-samalah kita nantikan tarikh tersebut, terutama jika anda peminat tegar produk HTC.

 

Apa komen anda?