HTC Malaysia perkenal lebih dari satu dengan One M9+

Share Button

Setelah sekian lama dinantikan, HTC Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar terunggul mereka, iaitu HTC One M9+. Ia pertama kali diperkenalkan di China awal bulan ini, dan ia adalah peranti yang sedikit berbeza dari One M9 yang diperkenalkan di MWC Barcelona. Dukacita dimaklumkan, HTC One M9 tidak akan mendarat secara rasmi di lapangan Malaysia buat masa ini, mungkin tidak jua selamanya.

HTC One M9P - hadapan

HTC One M9+ mengekalkan rekaan ikonik HTC, iaitu berbadan besi sepenuhnya. Tetapi ia diberikan sedikit sentuhan berbeza dari One M9. Ia kini mempunyai skrin lebih besar, bersaiz 5.2-inci dengan resolusi lebih tinggi, iaitu QHD 2560×1440.

HTC One M9p spec

Selain ini, One M9+ turut mempunyai pengesan capjari di samping mengekalkan HTC Boomsound dengan Dolby Audio, yang dikuasakan dari pembesar suara hadapan stereo. HTC turut mengembalikan duo-kamera yang tidak terdapat pada One M9. Kini One M9+ mempunyai duo-kamera dengan resolusi 20MP. Kamera ini juga boleh merakam video sehingga resolusi 4K UHD.

HTC One M9+ dilengkapkan dengan kamera hadapan berteknologi Ultrapixel. Dengan antaramuka Sense 7 yang terbaru, ia juga datang siap dengan HTC EYE Experience, menjadikan pengalaman mengambil gambar lebih menarik. Pelbagai efek boleh ditambah ke dalam gambar yang ditangkap. Dengan aplikasi Zoe pula, pengguna boleh mencipta video dengan pantas, dengan pelbagai pilihan bunyi dan muzik.

Kuasa dalaman HTC One M9+ juga sedikit berbeza dari One M9. Ia menggunakan CPU keluaran Mediatek, iaitu Helio X10 8-teras berkelajuan 2.2GHz, yang turut menyokong arahan 64-bit. Ia dipadankan dengan RAM 3GB DDR4, serta storan dalaman 32GB. Terdapat slot memori mikro-SD untuk storan tambahan sehingga 2TB. HTC turut memberi storan awan Google Drive sebanyak 100GB yang aktif selama 2 tahun.

HTC akan mula menjual One M9+ di Malaysia pada harga RM 2599 bermula dari 30 April 2015, dengan dua pilihan warna, iaitu ‘Gold on Silver ‘ dan ‘Gunmetal Gray’. Manakala warna ‘Gold on Gold’ akan boleh didapati pada penghujung tahun ini.

Dua HTC One M9P - depan belakang Dua HTC One M9P - depan belakang 2 HTC One M9P - duo kamera HTC One M9P - pengimbas capjari

Apa komen anda?