HTC lancar telefon lebih hebat One M9+ dan One E9+

Share Button

HTC semalam di Beijing, membuat pelancaran dua model baru telefon pintar, khusus untuk pasaran China, iaitu HTC One M9+ dan juga One E9+. Walaupun One M9 baru sahaja diperkenalkan di MWC Barcelona awal bulan lepas dan masih tidak dijual di kebanyakan negara, One M9+ telahpun diumumkan di China, dengan peningkatan perkakas berbanding One M9.

 

HTC One M9+

HTC One M9+ dari luar, kelihatan sama seperti One M9. Ia mempunyai badan besi sepenuhnya dari depan (tidak termasuk skrin) hingga ke belakang, yang sudah menjadi tanda bagi produk HTC One. Kedudukan kamera belakang dan rekabentuknya turut sama. Malah, ia juga menggunakan skrin sebesar 5.2-inci, memang sukar untuk membezakan One M9 dengan One M9+.

Apa yang membezakan kedua ini ialah, di bahagian dalamannya. One M9+ tidak lagi menggunakan CPU Qualcomm, sebaliknya ia diperkasa oleh CPU keluaran Mediatek, iaitu MT6795 8-teras berkelajuan 2.2GHz. Selain itu, dari luaran skrinnya kelihatan sama sebesar 5.2-inci, tetapi resolusinya digandakan ke QuadHD menjadi 2560×1440. Selain itu, ia turut ditambah fungsi keselamatan, iaitu pengesan cap jari pada butang fizikal Home (satu lagi inovasi pada HTC One). Lain dari ini, ia masih dilengkapi 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Kamera belakangnya pula kekal dengan 20MP, manakala kamera hadapan 4MP Ultrapixel.

Tiga warna HTC One M9+ pengesan capjari HTC One M9 Plus

HTC One E9+

Telefon HTC One E9+ adalah versi pembesaran siri One M9. Ia mempunyai skrin lebih besar iaitu 5.5-inci, dengan resolusi QuadHD 2560×1440. Dalamannya, ia turut dikuasakan dengan CPU Mediatek MT6795 8-teras 2.2GHz, tetapi dengan RAM lebih kecil pada 2GB dan juga storan dalaman 16GB, yang boleh ditambah dengan kad memori mikro-SD.

Kamera belakangnya menangkap gambar seitinggi 20MP manakala kamera hadapannya dilengkapi teknologi Ultrapixel 4MP. Ia mempunyai kapasiti bateri sebesar 2800mAh dan digerakkan oleh Android 5.0 Lollipop dengan antaramuka HTC Sense 7 UI.

Tiga warna HTC One E9+

 

Dengan pelancaran dua model baru ini, kelihatan HTC One M9 seperti kurang bertenaga. Harapan yang tinggal hanyalah pada CPU Snapdragon 810, yang mungkin lebih berkuasa dari CPU Mediatek ini. Jika kedua-dua model baru ini sampai ke Malaysia, yang manakah mungkin menjadi pilihan anda? HTC One M9, HTC One M9+ atau HTC One E9+?

Trackbacks

  1. […] HTC Malaysia akan memperkenalkan lebih banyak peranti pada 28 April nanti? Kerana minggu lepas, HTC melancarkan dua telefon pintar lebih baru, iaitu One M9+ dan juga One E9+. Sama-samalah kita nantikan tarikh tersebut, terutama […]

Apa komen anda?