Gambar pilihan pembaca dari ujian 5 kamera telefon pintar

Share Button

Anda telah membaca cerita kami tentang perbandingan mudah, gambar yang diambil menggunakan kamera dari 5 telefon pintar iaitu Apple iPhone 6, Samsung Galaxy S5, Samsung Galaxy Note Edge, Samsung Galaxy S6 edge dan Sony Xperia Z3, di sini.

Lamanweb rakan kami, SoyaCincau.com telah mengambil langkah berbeza dengan memberi pilihan kepada pembaca mereka, mengundi gambar mana adalah yang terbaik dari pandangan mereka, tanpa mengetahui model telefon pintar yang digunakan. Undian yang dibuka selama hampir seminggu itu telah menerima banyak respon dan akhirnya membawa kepada satu keputusan. Kami senaraikan sahaja keputusan undian itu di bawah ini:

Set 1:
1. Note Edge
2. Galaxy S6 edge
3. Galaxy S5
4. Xperia Z3
5. iPhone 6

Set 2:
1. Galaxy S5
2. Galaxy S6 edge
3. Note Edge
4. iPhone 6
5. Xperia Z3

Set 3:
1. iPhone 6
2. Note Edge
3. Galaxy S6 edge
4. Galaxy S5
5. Xperia Z3

Set 4:
1. Note Edge
2. Galaxy S5
3. Galaxy S6 edge
4. Xperia Z3
5. iPhone 6

 

Tidak dinafikan, Apple iPhone sering mendapat pujian ramai dan digunakan oleh majoriti pengguna tegar media sosial untuk memuat naik gambar seperti di Facebook, Instagram mahupun Twitter.

Tetapi undian dari pembaca di SoyaCincau itu telah meletakkan iPhone 6 dan juga Sony Xperia Z3 di kedudukan dua tercorot dalam semua gambar, kecuali satu gambar di mana iPhone 6 berada di pilihan teratas.

Sony Xperia Z3 juga adalah satu pilihan kegemaran ramai yang terkenal, kerana Sony adalah pengeluar sensor kamera mudahalih terbesar, dan dijangka ia menggunakan segala yang terbaik untuk peranti mereka sendiri.

Ujian ini benar-benar mengejutkan kerana tiga telefon pintar Samsung yang digunakan, iaitu Samsung Galaxy S5, Samsung Galaxy Note Edge, Samsung Galaxy S6 edge berebut sesama sendiri menduduki tiga pilihan teratas. SoyaCincau merumuskan, Galaxy Note Edge yang memiliki spesifikasi sama seperti Galaxy Note 4, adalah pilihan pembaca SoyaCincau. Anda boleh melihat semua undian di ruang komen di sini, dan baca keputusan yang dirumuskan SoyaCincau di sini.

Adakah mungkin cuaca dan suasana di Malaysia, sangat sesuai dengan tetapan kamera dan perkakas yang diletakkan Samsung ke dalam perantinya? Apa yang pasti, lain orang lain citarasa. Mungkin anda tidak bersetuju dengan undian ini, tetapi itu adalah hak kebebasan anda untuk memilih, yang telah termaktub dalam perlembagaan negara demokrasi ini, Malaysia.

Paling utama, tepuk poket anda, dan perika adalah cukup tebal untuk membelinya.

Apa komen anda?