Galaxy Tab dan S-Pen bergabung menjadi Galaxy Tab A

Share Button

Samsung kali ini melancarkan model baru bagi siri tablet Galaxy mereka, iaitu Galaxy Tab A. Ianya direka untuk mereka yang mahukan sebuah tablet produktiviti sambil menikmati hiburan mudah alih. Galaxy Tab A didatangkan dalam dua saiz, iaitu dengan skrin 8-inci dan skrin lebih besar, 9.7-inci.

Galaxy Tab A - atas flip cover

 

Perkara yang membezakan Galaxy Tab A dari siri Galaxy Tab yang sebelumnya, ialah dengan penambahan S-Pen. Samsung menjadikan tablet ini lebih produktif apabila menyertakan S-Pen, yang berfungsi penuh sama seperti S-Pen yang terdapat pada Galaxy Note. Jadi pengguna boleh mengambil nota ataupun melakar apa jua lukisan dan tulisan, kemudian menyimpannya dalam format pilihan seperti dokumen ofis mahupun gambar.

Galaxy Tab A dan S-Pen

 

Samsung menjadikan rekaan Galaxy Tab A berbeza dari Galaxy Tab yang lain. Ia menampilkan badan plastik dengan kemasan warna besi metalik agar kelihatan premium. Badannya juga sangat nipis, dengan ketebalan hanya 7.5mm sahaja. Selain itu, Samsung tidak lagi menggunakan skrin dengan nisbah 16:9, tetapi kini ia menggunakan skrin dengan nisbah 4:3, sama seperti yang digunakan iPad. Samsung menyatakan, nisbah skrin sebegini lebih mudah untuk membaca dan melayari internet dan kurang memenatkan mata untuk masa yang panjang.

Kedua-dua model Galaxy Tab A ini mempunyai kuasa dalaman yang sama. Ia digerakkan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 410 64-bit, 4-teras berkelajuan 1.2GHz dan dipadankan dengan 2GB RAM. Storan dalamannya sebesar 16GB dan boleh ditambah dengan kad memori mikro-SD. Ia turut mempunyai slot kad sim mikro, yang menyokong data mudahalih sehingga 4G-LTE.

Galaxy Tab A - Spesifikasi

Walaupun dua model Galaxy Tab A ini mempunyai saiz skrin berbeza, tetapi ia berkongsi resolusi yang sama, iaitu resolusi HD 1024×768. Agak rendah untuk skrin tablet yang besar dan kelihatan jelas petak piksel di atas skrin. Galaxy Tab A mempunyai kamera belakang 5MP dengan fokus auto, tetapi tiada LED Flash. Manakala kamera hadapannya pula 2MP.

Kapasiti bateri untuk Galaxy Tab A 8-inci adalah 4200mAh dan model 9.7-inci pula 6000mAhh. Ia dicas melalui port mikro-USB 2.0 yang sama seperti kebanyakan peranti Android lain. Sistem operasinya adalah yang terkini, iaitu Android 5.0 Lollipop.

 

Galaxy Tab A - tawaran khas untuk pemilik 2

Seperti biasa, Samsung memberikan banyak nilai tambah dengan pembelian produk mereka. Untuk Galaxy Tab A, ia sedia terpasang dengan aplikasi Microsoft Office seperti Word, Excel dan Powerpoint, serta didatangkan dengan storan awan OneDrive sebanyak 100GB selama dua tahun secara percuma.

Samsung turut menawarkan pelbagai pemberian percuma menerusi Galaxy Gifts seperti langganan majalah digital The Economist selama 6 bulan, satu ebook kindle setiap bulan, langganan Pocket Premium selama 6 bulan, Shazam tanpa iklan, 30 ceri di dalam game PAC-MAN Friends, dan banyak lagi di mana kesemua ini adalah percuma.

Samsung Malaysia akan menjual Galaxy Tab A pada bulan Mei 2015, dengan harga RM1299 untuk saiz 8-inci dan RM1599 bagi saiz 9.7-inci. Harga ini sudah termasuk GST 6%. Ia akan didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Putih, Hitam dan Kelabu Titanium. Samsung turut menyediakan pelbagai aksesori untuk digunakan bersama Galaxy Tab A seperti flip cover , papankekunci tanpa wayar dan tetikus tanpa wayar.

 

Dua Galaxy Tab A - depan Dua Galaxy Tab A - belakang Dua Galaxy Tab A - depan atas Dua Galaxy Tab A - belakang atas Dua Galaxy Tab A - tepi atas Dua Galaxy Tab A - bawah atas

 

Galaxy Tab A - Aksesori 001 Galaxy Tab A - Aksesori 003 Galaxy Tab A - Aksesori 002 Galaxy Tab A - Aksesori 004 Galaxy Tab A - flip cover pelbagai sudut

 

Galaxy Tab A - flip cover tutup Galaxy Tab A - flip cover depan Galaxy Tab A - flip cover belakang Galaxy Tab A - flip cover belakang rendah Galaxy Tab A - flip cover tepi Galaxy Tab A - flip cover tepi rendah

Apa komen anda?