Galaxy S6 edge 64gb akan tiba di Malaysia

Share Button

 

Berita baik untuk peminat telefon pintar Samsung Galaxy S6 edge yang mahukan kapasiti storan dalaman lebih besar. Samsung malaysia hari ini mengumumkan versi 64GB untuk Galaxy S6 edge akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Pengguna yang ingin memilikinya, bakal dapat membelinya pada harga RM3599 termasuk GST, bermula pertengahan Mei 2015.

Menurut Samsung, jualan Galaxy S6 & S6 edge sangat menggalakkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia jua. Stok awal Galaxy S6 edge berwarna Emas Platinum telah kehabisan stok pada tempahan awal yang lepas. Malah, Malaysia adalah salah satu negara yang menjual Galaxy S6 & S6 edge termurah di dunia.

Samsung menyatakan lagi, Galaxy S6 & S6 edge berada di tangga pertama ujian DxOMark Mobile, salah satu standard industri untuk pemarkahan kualiti kamera & lensa. Galaxy S6 & S6 edge memperoleh 88 markah dalam ujian tangkapan gambar & 84 markah bagi rakaman video. Dengan kapasiti yang lebih besar, pasti lebih banyak gambar & video boleh diambil menggunakan Galaxy S6 edge.

Jadi, anda yang perlukan storan lebih besar boleh bersedia untuk membeli Galaxy S6 edge yang akan tiba di Malaysia pertengahan bulan Mei akan datang. Bagaimanapun, hanya terdapat tiga warna untuk kapasiti 64GB ini iaitu Putih Mutiara, Hitam Sapphire & Emas Platinum. Tiada warna eksklusif Hijau Emerald.

image

Apa komen anda?