Disney tambah lebih banyak kandungan di Astro Plus

Share Button

Astro Plus adalah satu perkhidmatan dari Astro, yang menyediakan pelbagai kandungan rancangan TV, Filem, siri kanak-kanak dan anime, yang boleh ditonton terus dari set-top-box Astro sendiri, ataupun melalui Astro on the Go (AOTG). Dengan bayaran RM15 sebulan, pengguna boleh memilih untuk menonton terus video pilihan mereka pada bila-bila masa.

Terbaru, Astro dan Disney, yang menghasilkan pelbagai kandungan menarik terutama untuk kanak-kanak, mengumumkan pelancaran Filem Disney on Demand, ABC Studios on Demand serta Disney on Demands, sebagai sebahagian dari kandungan di Astro Plus SVOD (Langganan Video atas Permintaan). Pelanggan TV berbayar Astro telah pun sedia menikmati pelbagai kandungan dari Disney, menerusi saluran Disney Channel, Disney XD dan Disney Junior. Manakala filem terkini Disney seperti Big Hero 6 dan Into the Woods boleh ditonton melalui Astro Best Pay Per View.

Dengan pengumuman dari Astro dan Disney ini, pelanggan Astro Plus mempunyai akses ke semua episod drama dan rancangan kegemaran mereka, pada bila-bila masa dan di mana jua. Sebagai contoh, kanak-kanak kini boleh memilih episod kegemaran siri Mickey Mouse Clubhouse dan menontonnya berulang kali.

UP PHINEAS AND FERB

Disney Movies on Demand memiliki koleksi filem kegemaran ramai dari studio Disney dan Pixar. Filem yang segar sepanjang masa seperti koleksi Toy Story, Finding Nemo, The Princess Diaries, Mickey’s Once Upon A Christmas, Cinderella dan banyak lagi sedia untuk ditonton pelanggan bila-bila masa.

UP astrovod-mdg

Manakala Disney on Demand memberikan pelanggan Astro Plus untuk menikmati siri seperti Mickey Mouse Clubhouse, Phineas & Ferb dan bermacam lagi. ABC Studios on Demand mula memberikan peluang kepada peminat untuk menonton secara maraton siri penuh kegemaran mereka seperti Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D., Scandal dan juga Criminal Minds.

UP astrovod-shield

 

Astro Plus menawarkan pelbaai pilihan kandungan seisi keluarga. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb http://www.astro.com.my/vod/astroplus/

Astro Plus VOD Logo

Apa komen anda?