Berapa banyak peranti utama dihasilkan HTC?

Share Button

Sedarkah anda, HTC adalah pengeluar telefon pintar kelas utama paling banyak pada tahun 2014? Di bawah ini kami senaraikan telefon pintar HTC yang kami kelaskan sebagai di dalam kelas atasan. Kesemua telefon yang diperkenalkan pada tahun 2014 ini, menggunakan CPU terbaik Qualcomm ketika itu, iaitu Snapdragon 801 di samping menampilkan skrin HD Penuh dan menyokong rangkaian internet pantas 4G-LTE.

 

jadual telefon pintar utama HTC April 2015 lengkap

HTC One M8

Telefon paling utama bagi HTC adalah siri HTC One, di mana tahun lepas mereka memperkenalkan HTC One M8. Antara fungsi utama yang ada pada One M8 adalah dwi-kamera dengan teknologi Ultrapixel. Siri One M juga mempunyai badan besi unibodi, yang menerima banyak pujian ramai ketika itu. Tetapi kamera Ultrapixel mereka menerima banyak kritikan kerana tidak menghasilkan kualiti yang memuaskan.

 

HTC One E8

Selepas itu, HTC memperkenalkan versi One M8 yang lebih murah, dikenali sebagai One E8. Ia mempunyai kuasa dalaman sama seperti One M8, tetapi mempunyai badan plastik polikarbonat. Selain itu, ia juga tidak menggunakan kamera Ultrapixel dan tiada dwi-kamera.

 

HTC Butterfly 2

Tidak lama kemudian, HTC membawakan model khas di pasaran Jepun, iaitu HTC Butterfly 2 ke pasaran global. Butterfly 2 boleh dikatakan sama dengan One M8 pada hampir semua aspek, tetapi di dalam badan plastik polikarbonat. Pada ketika ini, telah pasti HTC mengambaikan teknologi Ultrapixel mereka dan kembali kepada teknologi biasa kamera. Tetapi pada Butterfly 2, mereka melengkapinya dengan dwi-kamera. Selain itu, fungsi unik Butterfly 2 ialah kalis air dan debu dengan rating IP57. Butterfly 2 juga adalah telefon pintar terawal kalis air dan debu tanpa perlu penutup untuk port audio dan mikro-USB.

 

HTC Desire EYE

Dalam satu langkah yang tida dijangka ramai, HTC memperkenalkan satu siri baru. Siri Desire selama ini digunakan untuk model telefon pintar HTC kelas pertengahan dan rendah. Tetapi dengan pengenalan HTC Desire EYE, tidak dapat dipastikan langkah yang diambil HTC. Ia ibarat peranti kelas atasan peringkat permulaan. Ini kerana kuasa sepsifikasi HTC Desire EYE hampir sama dengan Butterfly 2. Ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 801, 2GB RAM dan skrin HD Penuh. Peramaan ketara Desire EYE dan Butterfly 2 ialah, kalis air dan debu IP57. Tetapi paling hebat sekali, Desire EYE mempunyai satu kelebihan yang boleh dikatakan, tidak pernah ada pada telefo pintar lain sebelum ini, iaitu kamera hadapan dengan spesifikasi sama seperti kamera belakang. Kamera hadapan Desire EYE menangkap gambar 13MP dengan fokus auto serta LED Flash, sama seperti kamera belakangnya. Walaupun dengan fungsi yang kelihatan lebih hebat, Desire EYE dijual paling murah berbanding telefon pintar lain di senarai ini.

 

HTC One M9

Menjelang 2015, HTC membuka tirai tahun baru dengan pelancaran HTC One M9 di MWC Barcelona. Ianya mempunyai kuasa serba baru seperti CPU Snapdragon 810 dengan sokonga 64-bit, serta RAM LPDDR4 sebesar 3GB. Dengan One M9, HTC mengembalikan semula tenologi kamera Ultrapixelnya, tetapi ia digunakan untuk kamera hadapan 5MP. Manakala kamera belakang hanyalah kamera biasa 20MP, tiada lagi dwi-kamera dengan tangkapan tahap kedalaman berbeza. Dari luaran, hampir tiada perbezaan rupa One M9 dengan One M8. HTC kelihatan berpegang dengan kata pepatah, kalau sudah elok, buat apa diubah lagi. Tetapi, One M9 yang dilancarkan di MWC Barcelona hampir tenggelam dek populariti Samsung Galaxy S6 yang membawakan revolusi dalam banyak perkara.

 

HTC One M9+

Dan penantian koleksi terbaru telefon pintar kelas atasan HTC tidak lama. Sebulan selepas pelancaran One M9 di Barcelona, HTC membuat satu majlis pelancaran di China. Di majlis tersebut, HTC melancarkan One M9+, yang kelihatan seperti versi naik taraf dari one M9 yang baru sebulan dilancarkan. One M9+ dilengkapi skrin lebih besar dan juga resolusi lebih tinggi iaitu 5.2-inci QHD 2560×1440, berbanding One M9 hanya 5.0-inci FHD 1920×1080. One M9+ juga mengembalikan dwi-kamera seperti One M8, dengan resolusi 20MP. Selain ini, HTC menambah pengimbas cap jari pada One M9+. Satu lagi perbezaan ketara ialah CPU yang digunakan. One M9+ tidak lagi dilengkapi CPU Qualcomm, sebaliknya ia menggunakan CPU keluaran Mediatek, iaitu Helio X10 8-teras berkelajuan 2.2GHz.

 

Lebih Dari Satu – More Than One

HTC Malaysia akan membuat pelancaran produk HTC pada 28 April 2015 ini. Tiada lagi kepastian diberikan oleh HTC Malaysia, tetapi beberapa petunjuk yang terdapat pada Facebook HTC Malaysia, menyatakan ianya lebih dari satu telefon yang akan dilancarkan.

Trackbacks

  1. […] HTC Malaysia memaparkan gambar petunjuk di Facebook dengan beberapa kenyataan, antaranya menyebut, Lebih dari Satu. Mungkinkah selain HTC One M9, HTC Malaysia akan turut melancarkan One M9+ dan juga Desire 826 dalam acara pelancaran bersama peminat esok? Persamaan dan perbezaan One M9 serta One M9+ boleh didapati di laporan kami bertajuk: Berapa Banyak Peranti Utama Dihasilkan HTC? […]

Apa komen anda?