Apple mula larangan aplikasi berkaitan Pebble

Share Button

Apple telah mula mengedarkan jam tangan pintar pertama keluaran mereka, Apple Watch ke beberapa negara di seluruh dunia. Antara negara yang pertama menerima produk terbaru Apple ini ialah Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan juga Hong Kong. Beberapa laporan mengatakan jualan Apple Watch telah mencecah jutaan unit.

Dalam masa yang sama, terdapat laporan daripada pembangun aplikasi iOS, yang memberitahu aplikasi mereka yang sedia ada di Apple Appstore, mendapat notis untuk dikeluarkan dari AppStore. Dalam notis tersebut, ia mengatakan aplikasi mereka dikeluarkan dari AppStore, kerana menyebut perkataan Pebble, salah satu jam tangan pintar yang popular masa kini.

tricolor-time-steel

Menurut seorang pembangun, aplikasi mereka yang bernama SeaNav US, dikeluarkan dari AppStore kereana mereka menyatakan aplikasi tesebut turut menyokong jam tangan pintar Pebble dalam kandungan serta meta-data. Aplikasi SeNav US telahpun mendapat kelulusan di AppStore sebelum ini. Mereka mendapat notis ini apabila mahu mengemaskini aplikasi tersebut dengan sedikit pembaikan, sehari sebelum Apple Watch mula dijual.

Dengan kehadiran Apple Watch, kelihatan Apple cuba mengurangkan dominasi pesaingnya melalui larangan menyebut nama. Perkara ini telah sedia dilakukan oleh Apple di AppStore, apabila tidak meluluskan mana-mana aplikasi yang menyebut Android atau Windows Phone dalam kandungan permohonan.

[Sumber]

Maslan - jangan main-main

Apa komen anda?