Acer lancar Switch 10E di pembukaan Kedai Konsep Quill City Mall

Share Button

Di New York minggu lepas, Acer baru sahaja memperkenalkan laptop pelbagai guna, Acer Aspire Switch 10E. Tidak sampai satu minggu pelancaran global, ia kini telah tiba di Malaysia. Acer aspire Switch 10 memperkenalkan diri di majlis pembukaan rasmi, Kedai Konsep terbaru Acer, di pusat membeli-belah Quill City Mall, yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

‎Kedai Konsep Acer di Quill City Mall, seluas 1195 kaki persegi diuruskan oleh pihak Brightstar. Acer juga akan membuka dua lagi kedai konsep di Mid Valley Megamall dan The Mines. Kedai konsep ini turut akan berfungsi sebagai pusat penerimaan servis yang mudah, untuk semua pelanggan Acer dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Acer turut merancang untuk membuka lebih banyak kedai konsep di lokasi strategik.

Kedai Konsep Acer dibuka di Quill City

 

‎Produk baru yang turut muncul di majlis pembukaan kedai konsep ini, Switch 10E adalah laptop pelbagai guna yang boleh bertukar ke empat mod iaitu, laptop, tablet, paparan & khemah. Ia menampilkan teknologi baru Acer Snap Hinge 2 untuk pertukaran mod dengan mudah dan lancar.

‎Acer Switch 10E yang baru ini dikuasakan CPU Intel Atom 4-teras 1.33GHz, yang boleh dilonjak sehingga 1.83GHz. Ia mempunyai 2GB DDR3 RAM dan menggunakan sistem operasi Windows 8.1, yang bersedia untuk dinaiktaraf ke Windows 10. Seperti namanya, Switch 10E mempunyai skrin sentuh IPS 10.1-inci, dengan resolusi 1280×800.

Switch 10E mudah cabut

‎Acer memberitahu, Switch 10E mampu bertahan sehingga 12 jam, dengan bateri berkapasiti 8060mAh. Acer turut melengkapkan Switch 10E dengan teknologi ‘SwitchLock‘ yang memberi perlindungan kepada cakera keras terbina dalam jika ia hilang atau dicuri, serta teknologi ‘BlueLightShield‘ yang membantu melindungi mata pengguna untuk penggunaan yang lama.

‎‎Acer memperkenalkan dua model Switch 10E. Model pertama berharga RM1099 datang dengan storan dalaman 64GB dengan berat hanya 1.2kg termasuk papankekunci. Manakala model kedua, dilengkapi storan 32GB dan ditambah 500GB pada papankekunci, menjadikan beratnya 1.28kg dan dijual pada harga RM1399.

harga Acer Switch 10E

Acer menawarkan lima warna pilihan untuk Switch 10E iaitu Putih (Moonstone White), Kelabu (Shark Grey), Biru (Peacock Blue), Merah Jambu (Magenta Pink) dan juga Merah (Coral Red).

warna-warni Switch 10E dicabut

 

Sempena pelancaran Acer Aspire Switch 10E ini, Acer Malaysia turut menganjurkan peraduan yang menarik di laman Facebook Acer Malaysia. Peraduan ini menawarkan Switch 10E sendiri sebagai hadiah utama. Selain itu, peminat juga berpeluang memenangi percutian eksklusif.

‎Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Infoline di talian 1-800-88-1288 (jam 9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat).

Acer Switch 10E boleh cabut

Apa komen anda?