6 sebab memilih Galaxy S6 edge dari Galaxy S6

Share Button

Anda telah jatuh hati dengan telefon pintar terbaru keluaran Samsung, iaitu Galaxy S6. Tetapi Samsung menghasilkannya dalam dua versi, iaitu versi skrin biasa Galaxy S6, dan versi skrin lengkung di sisi Galaxy S6 edge. Anda kini di dalam dilema, kerana tidak tahu mahu membeli yang mana. Kerana itu, kami berikan kepada anda, 6 sebab kenapa anda perlu memiliki Galaxy S6 edge berbanding Galaxy S6.

 

1. Eksklusif

Ya, tiada syarikat lain yang menghasilkan skrin lengkung di kedua-belah sisi, dan ini memastikan anda, sebagai pemilik Galaxy S6 edge berbeza dari orang lain. iPhone sendiri sudah menjadi arus perdana bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Manakala Galaxy S6 pula dikatakan sangat menyerupai iPhone 6. Maka, Galaxy S6 edge adalah jawapan bagi persoalan peranti eksklusif yang jarang ditemui. Kerana, jika anda mahu mendapatkan telefon Vertu ataupun Blackberry Porsche, ianya adalah terlalu mahal malah spesifikasinya tidak sehebat Galaxy S6 edge.

S6 vs IP6 - depan TS

 

2. Pertamaxxx

Ya, anda adalah orang yang pertama menggunakan telefon pintar eksklusif ini, yang anda perlu dapatkannya secepat mungkin. Sudahlah eksklusif, pertama pula tu. Berapa banyak prestij dan taraf anda di mata orang ramai, apatah lagi di kalangan rakan-rakan semasa minum teh tarik di kedai mamak, apabila melihat anda memegang Galaxy S6 edge ini. Mungkin dalam masa 6 bulan dari sekarang, akan terdapat syarikat yang mengeluarkan rekaan seakan S6 edge, tetapi anda boleh dengan bangganya mengatakan, ‘aku dah pakai telefon dengan skrin dwi-lengkung ni 6 bulan lepas’. Haa, sejuk tak bercakap dengan gaya sebegini?

First Chicken YEAY

 

3. Berubah dari iPhone

Anda adalah pengguna iPhone yang sudah lama mahu berhijrah ke jalan yang benar. Tetapi demi memastikan prestij anda sebagai pengguna telefon premium kekal, anda masih belum bertemu peranti Android yang sesuai. Galaxy S6 kelihatan terlalu sama dengan iPhone 6 yang anda sudah miliki. Jadi anda perlukan peranti yang jauh melebihi apa yang terdapat pada iPhone 6. Maka Galaxy S6 edge dengan dwi skrin lengkung serta berbadan besi diselaputi kaca depan dan belakang adalah pilihan terbaik dan masa paling tepat untuk berubah tanpa mendapat kejian dan cacian pengguna iPhone lain. Hanya perlu katakan ‘Galaxy S6 ni tiada lagi lag dan hang, malah mempunyai binaan premium besi dan kaca serta lebih canggih pula dengan skrin dwi-lengkung’.

S6 vs IP6 - aku tanya apa khabar

 

4. Menjawab telefon dengan lebih bergaya

Skrin lengkung di sisi ini memberikan anda lebih fokus ketika sedang berborak di kedai minum bersama rakan, ataupun ketika dalam mesyuarat (yang tidak terlalu ketat dan tegang ahli dan isi mesyuarat). Anda boleh meletakkan telefon terbalik, dengan skrin menghadap permukaan meja tetapi masih mengetahui siapa pemanggil (jika terdapat dalam 5 senarai kegemaran) tanpa perlu melihat skrin. Lampu berkelip yang boleh dilihat di skrin lengkung memberitahu anda siapakah pemanggil itu. Jika ada yang bertanya, kenapa tidak menjawab panggilan tersebut. Anda boleh menjawab dengan nada sejuk dan bergaya, ‘Tak mengapa, isteri yang call nak tanya balik makan ke tak’.

 

5. Jam malam

Kadang-kadang, semasa tidur kita mungkin terjaga tanpa sebab, ataupun baru diserang mimpi ngeri. Waktu itu, menjadikan anda resah untuk mengetahui apakah waktu kini, adakah perlu terus bangun dan mandi, ataupun masih ada masa untuk sambung tidur? Fungsi jam malam yang sentiasa hidup tanpa memakan terlalu banyak tenaga, membantu pengguna mengetahui masa ketika tidur tanpa menyentuh telefon, seterusnya membuat keputusan, untuk bangun atau menyambung tidur. Tahukah anda, lebih ramai rakyat Malaysia kini melihat telefon pintar untuk mengetaui masa, daripada melihat jam tangan atau jam dinding.

jam malam galaxy s6 edge

 

6. Ada RM3000 dan mahu beli telefon baru

Anda sudah lama menyimpan wang untuk membeli telefon pintar baru. Malah, anda mengira simpanan anda, terdapat lebih sedikit dari RM3000. Anda mahukan satu telefon pintar paling berbaloi dengan bajet ini. Di sini dengan sangat jelas kami ingin nyatakan, tidak lain dan tidak bukan hanyalah Galaxy S6 edge yang terbaik untuk anda miliki dengan bajet setinggi ini.

DIAM DAN AMBIL DUIT RM3000 NI 2

 

Enam sebab di atas adalah alasan yang kami sediakan untuk anda membeli Galaxy S6 edge berbanding Galaxy S6 biasa. Kami yakin, sebenarnya jika ada 3 alasan sahaja pun sudah mencukupi untuk meneguhkan niat membeli Galaxy S6 edge. Tetapi sebenarnya, anda perlu melepasi alasan ke-6, sebelum alasan lain boleh mula diperguna.

Jadilah pengguna bijak. Belilah barangan yang anda perlukan dan bukan benda yang anda inginkan. Tepuk poket, tanyalah dompet.

Dapatkan semua maklumat tentang telefon pintar Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge ini di http://theskop.com/GalaxyS6/

Apa komen anda?