YES dapat Redmi 2 percuma

Share Button

Siapa tidak mahukan telefon pintar percuma, apatah lagi jika ia adalah telefon pintar yang baru dilancarkan. YES, salah satu penyedia internet 4G Wimax menawarkan telefon pintar Xiaomi Redmi 2 secara percuma, dengan plan Super Postpaid mereka.

Pelanggan yang mendaftar Plan Pascabayar YES Super 98 dengan kontrak 24 bulan ini, juga akan menerima modem 4G muadhalih, Huddle XS secara percuma. Ini menjadikan jumlah penjimatan bernilai RM 929 (RM449+RM480).

Plan Pascabayar YES Super 98 yang datang bersama Redmi 2 percuma ini, menawarkan kuota internet tambahan 1GB, menjadikan jumlah kuota kepada 7GB. Ia turut memberikan pelanggan 2000 minit panggilan dan 2000 sms percuma sesama talian YES.

Plan Super YES dengan Redmi 2

YES adalah penyedia telekomunikasi pertama di Malaysia, yang menawarkan telefon pintar Redmi 2 bersama plan mereka. Redmi 2 adalah telefon pintar pertama dari Xiaomi, yang mempunyai dua slot kad sim sedia 4G sepanjang masa. Ia digerakkan sistem operasi Android 4.4 Kitkat dengan antaramuka terkini Xiaomi, MiUi 6.

Buat masa ini, hanya warna putih tersedia untuk pilihan Redmi 2.Maklumat lanjut berkenaan plan istimewa Redmi 2 bersama Plan Pascabayar Super YES di lamanweb https://www.yes.my/v3/personal/whats-hot/redmi2.do. Atau lawati sahaja mana-mana kedai YES online yang tersenarai di sini.

Apa komen anda?