Xiaomi perkenal kamera aksi murah bangat

Share Button

Hari ini, Xiaomi mempamerkan di lamanweb mereka, satu produk terbaru, iaitu kamera aksi yang mempunyai fungsi hampir sama seperti Go Pro. Kamera ini diberi nama ‘Yi Action Camera’. Seperti biasa, Xiaomi menjualnya dengan harga yang sangat murah, hanya RMB399 (~RM229).

Kamera aksi Xiaomi ini dilengkapi sensor Sony Exmor R BSI CMOS dengan 16MP, jauh lebih baik dari mana-mana kamera dalam harga yang sama. Ia boleh merakam video HD penuh 1080p dengan 60 frame sesaat, yang pastinya mampu melakukan efek perlahan (slo-mo). Selain itu, ia juga boleh merakam gambar berterusan dengan 7 gambar sesaat.
image


Kamera ini mempunyai storan dalaman menggunakan kad memori mikro-SD sehingga 64GB dan ia juga sangat ringan, hanya 72 gram. Ia turut boleh digunakan di dalam air, dengan kedalaman sehingga 40 meter, tetapi dengan casing tambahan.

Xiaomi menyatakan akan terdapat aplikasi mudahalih di Android & iOS yang boleh digunakan untuk berhubung terus dengan kamera, dan menggunakannya untuk berkongsi gambar serta mengawal kamera terus dari peranti.
image


Xiaomi turut menyediakan pelbagai aksesori untuk digunakan bersama kamera ini, seperti pemegang basikal, monopod dan juga pemegang di atas haiwan peliharaan.

Buat masa ini kamera aksi ini dijual hanya di China melalui lamanweb serta jualan terhad. Di lamanweb, xiaomi menyenaraikan dengan harga RMB399 (~RM229) untuk kamera sahaja, atau RMB499 (~RM299) untuk pakej travel yang dilengkapi monopod.‎

image

image

image

Trackbacks

  1. […] ramai? Tahukah anda, Xiaomi turut menghasilkan kamera aksi seperti GoPro, yang diberi nama Yi Action Camera? Ianya tidak dijual di Malaysia lagi, tapi anda berpeluang untuk mendapatkannya secara […]

Apa komen anda?