Xiaomi lancar Redmi 2 tetapi hanya 1 GB RAM

Share Button

Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan satu telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu telefon pintar dari siri termurah mereka, Redmi 2. Tahun lepas, Xiaomi menjual Redmi 1S pada harga RM419, dan kali ini, Redmi 2 yang baru ini dijual pada harga RM449 di Malaysia. Pengarah Pengurusan Produk Xiaomi yang baru, Donovan Sung memperkenalkan Redmi 2 yang baru dalam satu sidang media.

Donovan Sung

Perbezaan paling ketara sekali berbanding Redmi 1S ialah, Redmi 2 kini menyokong 4G-LTE. Bukan satu, tetapi dwi-sim sedia aktif dengan 4G-LTE. Pengguna tidak lagi perlu memilih slot sim-kad, kerana kedua-dua slot sim menyokong 4G-LTE.

Redmi 2 dwi sim kad 4g

Dari aspek spesifikasi, Redmi 2 kini dikuasakan CPU Qualcomm 64-bit, iaitu Snapdragon 410 4-teras berkelajuan 1.2GHz. Ia dilengkapi ram 1GB & memori dalaman 8GB, yang boleh ditambah dengan kad memori mikro-SD sehingga 32GB.

Redmi 2 engan 1gb ram 8gb rom

Skrin Redmi 2 kekal sama sebesar 4.7-inci menggunakan paparan IPS dengan resolusi HD 1280×720, yang membawa kepadatan 312ppi. Baterinya kini 10% lebih besar dengan kapasiti 2200mAh, yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas Quick Charge 1.0, menjadikannya 20% lebih pantas dari biasa.

Kamera belakang Redmi 2 dengan sensor BSI beresolusi 8MP, dilengkapi fungsi HDR dengan apertur f/2.2. Manakala kamera hadapan 2MP mempunyai fungsi beautify, menjadikan selfie yang diambil lebih cantik dari rupa sebenar.

Redmi 2 sedia datang dengan Android 4.4 KitKat, serta MiUi 6.0 iaitu antaramuka terkini Xiaomi. MiUi 6 adalah antaramuka yang direka Xiaomi sendiri, dipenuhi dengan pelbagai aplikasi dan fungsi tambahan berbanding antaramuka Android biasa.

Redmi 2 spec

Di China, Redmi 2 mempunyai satu lagi versi yang dipertingkatkan, dengan 2GB RAM & 16GB memori yang dijual RMB100 (~RM55) lebih mahal dari versi biasa Redmi 2. Mungkin jika terdapat banyak permintaan, versi peningkatan Redmi 2 ini akan dijual di Malaysia.

Xiaomi Malaysia menyatakan Redmi 2 akan mula dijual semasa jualan terhad mereka pada hari Selasa minggu depan, 17 Mac 2015 jam 12 tengahari. Seperti biasa, jika anda berminat untuk membeli Redmi 2 ini, jangan lupa beratur di hadapan PC jam 11 tengahari, hari selasa minggu depan.‎

Redmi 2 spec harga Redmi 2 mula jual

Redmi 2 depan belakang

Trackbacks

  1. […] Tetapi satu produk yang menerima kejutan harga hari ini ialah, Redmi 2. Mi Malaysia baru sahaja mengumumkan hari ini, telefon pintar termurah mereka kini menerima penurunan harga RM50, menjadikannya hanya RM399 berbanding RM449 semasa pelancaran pada bulan Mac 2015. […]

Apa komen anda?