WiFi percuma Maxis di Litar F1 Sepang

Share Button

Pada hujung minggu ini, Litar Lumba Antarabangsa Sepang akan menganjurkan pertandingan perlumbaan paling berprestij di dunia, iaitu perlumbaan F1. Malaysia adalah salah satu litar yang digunakan dalam perlumbaan ini bagi musim 2015.

Acara antarabangsa seperti ini pastinya menarik ramai pengunjung. Terdapat satu masalah yang digeruni masakini terdapat di tempat yang penuh dengan lautan manusia ini, iaitu masalah ketiadaan internet. Dengan pengunjung yang mencecah ribuan di satu-satu tempat, ia akan menimbulkan kesesakan trafik internet dan sering terputus dan sukar bersambung.

Tetapi ada berita baik untuk pengguna Maxis dan Hotlink. Kerana Maxis membantu menyelesaikan masalah ini, dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma di Litar F1 Sepang hujung minggu ini. Dari 27 Mac hingga 29 Mac 2015, Maxis akan membuka WiFi hotspot untuk pengguna pascabayar Maxis dan juga prabayar Hotlink.

Perlumbaan F1 Sepang 2015

Untuk menggunakan WiFi Maxis di Litar F1 Sepang ini, hanya cari sambungan Wifi dengan nama SSID ‘Maxis Free Wifi’ atau ‘Maxis-Sim’. Sambung ke WiFi ini dan nantikan pelayar membuka laman pendaftaran. Masukkan nombor telefon Maxis/Hotlink anda di laman ini dan anda akan menerima SMS yang mengandungi kata nama dan kata laluan untuk mula menggunakan WiFi ini. Seterusnya, anda boleh fokus kepada perlumbaan F1 ini dan memberi status terkini di media sosial yang lebih pantas dari saluran radio atau TV.

Perkhidmatan WiFi percuma oleh Maxis ini hanya boleh digunakan dari jam 10 pagi hingga 8 malam di Welcome Centre, Grandstand dan juga Paddock Club. Untuk maklumat lanjut yang lebih tepat, layari laman Facebook Maxis dan rujuk ke nota WiFi percuma mereka di sini.

 

“Satu sahaja pesan kami. Jangan bermesej ketika memandu”

 

Oh, dan jangan lupa untuk menyaksikan konsert percuma selepas tamat perlumbaan di tapak Helipad nanti. Dengar cerita ada artis K-Pop Girls Generation yang tinggal 8 orang & juga SHINee.

SNSD F1 Sepang 2015 -2

Apa komen anda?