WD umum siri Re+ 6TB untuk storan pusatdata

Share Button

Khusus untuk penggunaan komputer pelayan dan pusat data (datacenter), WD selaku peneraju dalam industri storan memperkenalkan cakera keras berkapasiti tinggi, bagi menampung permintaan yang meningkat dalam industri itu.

WD Re+ merupakan model terbaru di dalam keluarga cakera keras keluaran WD, menambah lagi senarai lengkap cakera keras untuk kegunaan pusat data. Siri terbaru ini menampilkan kapasiti 6 terabyte (TB), meluaskan lagi portfolio dari siri sedia ada mereka iaitu, WD Re, WD Se dan WD Ae untuk kegunaan pusat data.

WD yakin, dengan penggunaan WD Re+ terbaru ini, ia dapat mengurangkan kos pemilikan keseluruhan (TCO) operasi merangkumi kapasitinya yang lebih besar, harga yang kompetitif serta penjimatan tenaga. WD Re+ merupakan storan berkapasiti tinggi, untuk penggunaan intensif dan paling efisyen dalam penggunaan tenaga yang terdapat masakini.

WDRePlus-datacenter

 

WD Re+ dilengkapi pelbagai teknologi, sesuai untuk penggunaan intensifnya sebagai storan pusat data. Ia mempunyai kadar purata kerosakan (MTTF) yang panjang, iaitu 1.2 juta jam MTTF. Teknologi RAFF yang dipertingkatkan juga membolehkannya memproses sehingga 550 TB setahun, tertinggi dalam kelas storan 3.5-inci.

Selain itu, ia turut dilengkapi teknologi dwi-aktuator, StableTrac, pengesan kejutan pelbagai-axis, dwi-prosesor, 3D Active Balance™ Plus, NoTouch™ ramp load dan pelbagai lagi teknologi bagi memastikan ia berfungsi secara optimal sebagai storan pusat data.

WD Re+ ditawarkan dalam dua kapasiti. Kapasiti 5TB dan 6TB sudah boleh didapati kini dari pengedar sah storan pusat data WD. Manakala kapasiti 6TB bagi model WD Re dan WD Se akan mula berada di pasaran pada suku kedua 2015. Kesemua storan WD Re+, WD Re dan WD Se datang dengan jaminan terhad selama 5-tahun.Untuk maklumat lanjut berkenaan storan pusat data, layari lamanweb WD Datacenter Hard Drives.

 

WDRePlus6TB

 

Apa komen anda?