Ujian benchmark: One M9 vs Galaxy S6

Share Button

Dua telefon pintar paling hangat diperkatakan di dalam pameran Mobile World Congress (MWC) ialah HTC One M9 dan juga Galaxy S6. kedua-dua telefon ini memiliki perkakas terbaik di pasaran kini, tetapi dari jenis yang berbeza. Di sini kami bawakan kepada anda, ujian ringkas benchmark dari dua aplikasi ujian terkenal di Android, iaitu Antutu dan juga Geekbench.

HTC One M9 dikuasakan CPU terkini paling berkuasa oleh Qualcomm, iaitu Snapdragon 810 yang kini mempunyai keupayaan 64-bit. Snapdragon 810 mempunyai cip 8-teras dengan 4-teras berkelajuan 2.0GHz manakala 4-teras lagi berkelajuan 1.5GHz. Ia digandingkan dengan 3GB RAM DDR4 serta pemproses grafik Adreno 430.

Manakala Samsung Galaxy S6 menggunakan CPU buatan Samsung sendiri, Exynos 7420 64-bit yang turut mempunyai 8-teras, tetapi kelajuan berbeza dengan 4-teras selaju 2.1GHz dan 4-teras lagi 1.5Ghz. Ia mempunyai RAM DDR4 yang sama banyak iaitu 3GB tetapi menggunakan pemproses grafik Mali T760 yang sama seperti GALAXY Note 4. Perlu diambil perhatian juga, Galaxy S6 menggunakan storan dalaman UFS 2.0 yang dikatakan lebih laju dari eMMC 5.0 di dalam One M9. Ini juga bakal mempengaruhi markah akhir ujian kelak.

 

BENCHMARK ANTUTU

Pada ujian Antutu benchmark, One M9 memperoleh markah sebanyak 52350, lebih tinggi dari Meizu MX4 yang dinobatkan peranti dengan markah tertinggi pada suku ketiga 2014. Tetapi Galaxy S6 mencatat markah sebanyak 62607, jauh meninggalkan pencabar lain apatah lagi One M9.

Benchmark Antutu HTC One M9 Benchmark Antutu HTC One M9 perbandingan Benchmark Antutu Galaxy S6

 

BENCHMARK GEEKBENCH

Bagi ujian pada Geekbench pula, One M9 diberi markah sebanyak 1093 untuk satu-teras dan 3455 markah untuk pelbagai-teras. Galaxy S6 pula, terus mencatatkan perbezaan ketara apabila mencapai 1476 markah bagi satu-teras dan 5104 markah untuk pelbagai-teras.

Benchmark Geekbench HTC One M9 Benchmark Geekbench Galaxy S6Benchmark Geekbench Galaxy S6 singleBenchmark Geekbench Galaxy S6 multi

 

Dari dua ujian benchmark ini, dapat dilihat gandingan perkakas yang digunakan pada Samsung Galaxy S6, memberi lebih kuasa berbanding One M9 yang dikuasakan Snapdragon 810. Perlu diambil perhatian, CPU Snapdragon 810 digunakan secara meluas pada peranti lain seperti LG G Flex 2 dan Mi Note Pro. Ia juga diperkatakan akan dilengkapkan pada peranti akan datang keluaran Sony, Microsoft dan juga Oppo. Jadi sedikit sebanyak, anda boleh menjangka di mana kedudukan peranti akan datang ini kelak.

Untuk mendapatkan perbandingan spesifikasi perkakas yang digunakan oleh HTC One M9 dan juga Samsung Galaxy S6 (termasuk S6 edge), rujuk infografik di bawah yang disediakan oleh rakan kami, Vernon Chan dari Thehypedgeek.com

 

mwc15-s6-vs-m9-infographic-BM-v3-800px

Apa komen anda?