Tiga warna baru Blackberry Classic dilancar

Share Button

Bersama pelancaran Blackberry Leap yang dibuat di Mobile World Congress (MWC) di Barcelona, Blackberry turut memperlihatkan warna baru untuk telefon pintar mereka yang ‘UPGRADED’ iaitu Blackberry Classic.

Warna baru Blackberry Classic itu adalah warna putih yang sedia menjadi tradisi Blackberry selain warna hitam, serta warna eksklusif biru dan coklat gangsa.

Classic coklat biru hitam depan Classic coklat biru hitam belakang

Sebelum ini, Blackberry Passport yang dilancarkan sebelum Classic, telah menerima warna tambahan iaitu merah dan hitam emas dalam kuantiti terhad. Blackberry Passport juga dikeluarkan dalam edisi khas AT&T dengan bucu bulat, sedikit berbeza dari Passport biasa.

Blackberry Classic diperlihatkan sebagai peranti naik taraf yang mesti untuk pengguna Blackberry Bold 9900. Classic dikuasakan CPU Snapdragon S4 plus dwi-teras 1.5GHz, skrin 3.5″ empat segi-sama dengan resolusi 720×720, 2GB RAM, 16GB memori dalaman dengan slot kad memori mikdro-SD. Kamera belakang Classic beresolusi 8MP dengan autofokus dan LED Flash manakala kamera depan 2MP. Classic menyokong sambunga pantas internet mudahalih 4G-LTE dengan kapasiti bateri 2515mAh yang boleh bertahan seharian dengan penggunaan berat.

blackberry-classic-spec

Menurut Crackberry, Classic berwarna putih akan berada di pasaran pada penghujung bulan Mac ini, manakala warna biru dan coklat eksklusif akan mual dipasarkan bermula April 2015. Bagaimanapun tidak diberitahu negara atau syarikat telekomunikasi mana yang akan mula menjualnya.

Dengan pengenalan tiga warna baru ini iaitu putih, biru dan coklat gangsa, adakah ia mampu membuatkan anda selaku pengguna Blackberry Bold 9900, atau bekas pengguna Blackberry untuk berubah ke Classic?

Apa komen anda?