Temuramah Ekslusif bersama Blackberry di MWC 2015

Share Button

Bersempena pelancaran Blackberry Leap yang diadakan di pameran Mobile World Congress (MWC) di Barcelona, kami berpeluang untuk menemuramah dua orang pegawai kanan dari Blackberry. Kami bertemu dengan Charles Eagan, Timbalan Presiden ‘Software Foundation Technologies’ Blackberry bersama Heidi Davidson, Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat Blackberry.

Charles Eagan

Charles Eagan, Timbalan Presiden ‘Software Foundation Technologies’ Blackberry

 

Pertama sekali, mereka berkongsi perancangan Blackberry berkenaan produk mereka untuk pengguna sepanjang tahun 2015 ini. Blackberry telah menggariskan dan menyenaraikan 4 produk iaitu telefon pintar untuk pengguna tahun ini. Ia dimulakan dengan peranti peringkat permulaan, Blackberry Leap yang menggantikan Blackberry Z3, yang kini dilengkapi 4G-LTE. Blackbery Leap dilancarkan ketika pameran MWC 2014 di Barcelona, Sepanyol.

Produk kedua yang akan mereka perkenalkan, ialah sebuah telefon pintar hibrid, yang mempunyai papan kekunci dan skrin sentuh. Blackberry memfokuskan kepada ketepatan & kejituan menaip papan kekunci serta penggunaan skrin sentuh pada produk ini. Jika pengguna dapat merasakan kehebatan Passport yang mempunyai papan kekunci dengan fungsi sentuhan seperti trackpad, pada produk ini Blackberry mengatakan, mereka akan menampilkan fungsi yang lebih baik dari itu.

Produk ketiga bagi thaun 2015 ialah satu kerjasama Blackberry dan Porsche, yang kini telah menjadi satu tradisi dan kemestian. Produk ini telah diberi kod nama Keian. Tiada sebarang maklumat diberikan berkenaan jenis peranti ini, samada skrin sentuh penuh atau hibrid. Blackberry menamakannya sebagai Keian, bersempana nama anak kepada salah seorang penulis senior di Crackberry, Ryan Blundell. Ia sebagai satu penghormatan kepada Ryan berkenaan kisah menyentuh hati tentang anaknya dan Blackberry. Kisah lanjut tentang perkara ini boleh dibaca di blog Blackberry di sini.

porsche design box

 

 

Produk keempat dan juga produk utama bagi Blackberry 2015, yang telah diberi sedikit pratonton ketika pelancaran Blackberry Leap, adalah satu produk yang dipanggil Slider. Slider adalah pejelmaan semula blackberry Torch, di mana ia akan menggabungkan skrin sentuh yang berkemungkinan sebesar 5-inci atau lebih, dengan papan kekunci yang boleh disimpan di belakang skrin, sama seperti Blackberry Torch dahulu.

Blackberry Slider previu 01

mungkinkah ini rupa akhir Blackberry Slider?

 

Blackberry slider fake cover

atau begini?

 

Blackberry Slider ini turut akan memiliki dwi-skrin lengkung, yang mana kami tidak diberi keterangan lebih lanjut, samada ia meneyerupai Galaxy S6 edge atau berbeza. Sama seperti blackberry Passport ketika pelancarannya, Blackberry akan memfokuskan segala inovasi serta teknologi terbaik dan terhebat ke dalam Slider kelak.

Selain dari 4 telefon pintar ini, Blackberry juga sedang menyelidik lebih lanjut produk lain seperti aksesori dan peranti pintar boleh pakai. Paling utama, Blackberry memberi perhatian lebih kepada Tablet, tetapi belum ada sebarang berita pasti untuk dikongsi bersama.

Sebagai soalan tambahan, kami mengajukan pertanyaan tentang mengapa Blackberry kekal menggunakan CPU Snapdragon S4 yang telah digunakan sejak Blackberry Z10 kemudian Q10, Classic dan kini di dalam Leap. Mereka menyatakan, ia sebagai pengurangan kos yang bakal memberi keuntungan kepada pengguna, di samping kepelbagaian produk kepada pengguna.

Blackberry yang kini diterajui John Chen, telah mengambil langkah pro-aktif membuka platform Blackberry kepada semua, berteraskan BYOC (Bring Your Own Cloud) yang boleh digunakan pada mana-mana platform. Blackberry telah membuka akses BBM kepada Android & iOS, serta sekuriti perniagaan BES di luar platform Blackberry. Selain itu, Blackberry membuat peranti mereka boleh dipasang aplikasi Android, kini dengan Amazon Appstore tersedia terus di dalam peranti Blackberry.

Apa komen anda?