Temuramah Eksklusif bersama Samsung di MWC 2015

Share Button

Selepas pelancaran Samsung Galaxy S6 di dewan Centre de Convencions Internacional de Barcelona (CIBB), kami meluangkan masa bersama Lee Jui Siang, Naib Presiden, Mobile IT & Digital Imaging, Samsung Malaysia, untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan telefon pintar terbaru ini, selain berita berkenaan ketibaannya di Malaysia.

Lee Jui Siang

Lee Jui Siang

Lee memberitahu, Samsung memulakan penghasilan Galaxy S6 dengan satu projek yang dinamakan ‘Project Zero’. Samsung memastikan kali ini, mereka membawakan satu peranti yang benar-benar memenuhi kehendak pengguna, tidak lagi telefon pintar yang dipenuhi pelbagai teknologi canggih tapi kurang diguna ramai.

Samsung kembali kepada pengguna dan mengumpulkan maklumbalas orang ramai dan membuat tinjauan di dalam internet serta di luar. Akhirnya, ia membawa Samsung kepada rekaan, bentuk, binaan dan paling utama, fungsi yang akan digunakan oleh pengguna.

Satu perkara paling berbeza yang boleh dirasai bekas pengguna GALAXY, ialah antara muka yang lebih lancar, bukan kerana spesifikasinya yang tinggi, tetapi antaramuka Touchwiz yang telah diperkemas, dengan membuang aplikasi Samsung dan menjadikannya pilihan untuk dimuat turun sendiri oleh pengguna kemudian.

galaxy unpacked 2015 touchwiz ui

Selain itu, Samsung membuang fungsi kalis air dan debu serta USB 3.0 yang ada pada GALAXY S5, dan memfokuskan kepada fungsi yang lebih diperlukan pengguna, iaitu rekaan premium besi & kaca serta bateri yang bukan sahaja tahan lebih lama, tetapi boleh dicas dengan pantas dan mudah. Ini membawakan fungsi pengecasan pantas serta pengecasan tanpa wayar ke dalam Galaxy S6.

galaxy unpacked 2015 wireless charging

Berkenaan pasaran Malaysia, Lee menerangkan Malaysia tidak termasuk di dalam senarai pertama 20 negara yang akan menerima Galaxy S6 pada 10 April 2015. Tetapi dijamin, Malaysia akan menerimanya pada bulan yang sama, dan mereka mensasarkannnya dalam masa satu minggu selepas 10 April. Untuk pilihan warna, warna putih dan hitam akan mual dijual dahulu, dan diikuti oleh warna emas, hijau emerald dan biru topaz menyusul kemudian.

Harga Galaxy S6 tidak akan jauh berbeza dari GALAXY S5 ketika ia mula dilancarkan pada tahun lepas. GALAXY S5 dijual pada harga RM2399, manakala GALAXY Note 4 pula berharga RM2499 dan Note Edge RM2999. Dari segi ini, kami menjangkakan ia akan berharga RM2499 sama seperti Note 4, dengan S6 edge tidak akan lebih mahal dari Note Edge, sekitar RM2799.

Apabila diajukan soalan berkenaan GST yang akan berkuatkuasa mulai 1 April kelak, Lee tidak dapat memberikan jawapan yang pasti tentangnya. Tetapi ia tidak akan terlalu mempengaruhi harga Galaxy S6 sehingga ia jauh tersasar dari anggaran kami tadi.

Sama-samalah kita menantikan ketibaan Galaxy S6 di Malaysia tidak lama lagi. Dengan harga yang kami berikan tadi, mahukah anda membelinya?

galaxy unpacked 2015 s6 and s6 edge galaxy unpacked 2015 transparent case

Apa komen anda?