Telefon pintar menarik di Mobile World Congress 2015

Share Button

GS6 - emas depan

1. Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge

Galaxy S6 dan S6 Edge berkongsi spesifikasi yang hampir sama. Ia dikuasakan CPU keluaran Samsung sendiri, iaitu Exynos tetapi dengan binaan 14nm yang lebih efisyen tenaga serta berprestasi tinggi. 3GB RAM DDR4 yang lebih pantas dari biasa digandingkan bersama storan UFS2.0, yang dinyatakan Samsung jauh lebih laju dari storan eMMC 5.0 yang biasa.

Apa yang mengujakan tentang Galaxy s6 ini bukan sahaja kuasa dalaman, tetapi rekabentuk luaran yang mengalami perubahan radikal dan ekstrem. Samsung kini menggunakan rekaan unibodi dan mengorbankan kebolehan mencabut penutup belakang dan menukar bateri. S6 turut diberi binaan baru, dengan penggunaan kaca Corning Gorilla 4 bukan sahaja di depan, tetapi juga di belakang bagi memberi rupa bentuk premium.

Pautan penuh : http://theskop.com/2015/03/galeri-gambar-samsung-galaxy-s6-s6-edge/

HTC One M9 depan

2. HTC One M9

Meskipun sedikit mengecewakan, HTC One M9 masih peranti yang boleh dimiliki jika anda peminat syarikat Taiwan tersebut atau mahu menukar M7 kepada model baru yang CPU Qualcomm Snapdragon 810 64-bit bersama RAM sebanyak 3GB.

Dari segi rekaan, ia memang tidak jauh berbeza dengan model M8 sebelum ini namun terdapat warna baru diperkenalkan iaitu merah jambu yang sesuai untuk wanita. Perbezaannya hanya pada bahagian belakang yang dikatakan lebih tahan lasak dan cantik.

Puatan penuh: http://theskop.com/2015/03/htc-one-dilancar-dan-dipasarkan-ke-malaysia-pada/

xperia-m4-aqua-dual-gallery-01-

3. Sony Xperia M4 Aqua

Sony Mobile Communications melancarkan Xperia M4 Aqua yang juga telefon kalis air pertama Sony yang tidak memerlukan penutup USB untuk melindunginya. Ia mempunyai kamera 13MP dikuasakan Sony Exmor RS dengan apertur F2.0 serta ISO 3200. 52 mod senario berbeza pula tersedia dengan rakaman pada pencahayaan rendah menjadi nadi utama kamera ini.

Kamera depan 5MP memang sesuai untuk selfie dengan lensa lebar yang cukup untuk memasukkan ramai orang dalam satu gambar. Manakala fungsi Portrait Retouch membenarkan suntingan mencantikkan wajah dan fungsi Movie Creator untuk menggabungkan foto dan video serta audio.

Pautan Penuh: http://theskop.com/2015/03/nak-bawa-masuk-telefon-dalam-tandas-tiada-masalah-dengan-xperia-m4-aqua/

Lumia-640-family

4. Lumia 640 dan 640 XL

Dua produk Microsoft, Lumia 640 dan 640 XL dilancarkan secara rasmi di MWC 2015 dengan keduanya menggunakan pemproses 1.2GHz quad-core Snapdragon 200, RAM sebanyak 1GB dan kamera depan 720p untuk selfie menarik.

Lumia 640 mempunyai saiz skrin 5 inci dan lengkap bersama kamera 8MP manakala 640 XL menggunakan skrin 5.7 inci dan kamera 13MP serta lensa Zeiss. Masing-masing akan datang dengan bateri 2500mAh dan 3000mAh serta boleh dikemaskini kepada Windows 10 sebaik saja ia tiba kelak.

Pautan penuh: http://theskop.com/2015/03/lumia-640-besar-tapi-murah/

Blackberry Leap depan

5. Blackberry Leap

Blackberry Leap dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon S4 Pro dwi-teras 1.5GHz, dengan 2GB RAM & 16GB memori dalaman dan boleh ditambah dengan kad memori mikro-sd. Ia mempunyai skrin sentuh 5-inci HD (1280×720) dengan kepadatan 294ppi.

Blackberry Leap didatangkan dengan sistem operasi BlackBerry OS 10.3.1 yang datang dengan fungsi seperti BlackBerry Blend & juga Amazon Appstore untuk memasang aplikasi Android terus ke dalam peranti BlackBerry. Satu kelebihan BlackBerry Leap yang ditekankan adalah kapasiti baterinya sebesar 2800mAh & tidak boleh ubah, dapat menguasakan Leap selama 25 jam bagi penggunaan berat sepanjang hari.

Apa komen anda?