Telefon, kalkulator, topup naik harga! Senarai penuh produk & perkhidmatan berkaitan teknologi yang dikenakan GST

Share Button

GST - electronic products

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tetap dilaksanakan mulai 1 April ini dan kerajaan tidak akan menangguhkannya akan menyebabkan banyak barangan elektronik naik harga.

Setakat ini, tiada syarikat yang mengesahkan untuk mengekalkan harga produk masing-masing dan kebanyakannya membisu dengan persoalan tentang kenaikan harga menjelang 1 April nanti.

GST yang dikenakan ke atas produk-produk ini sama seperti pengenalan kerajaan iaitu 6%. Secara kasarnya, cukai tersebut akan dikenakan ke atas pengeluar produk yang akan memasukkannya dalam kos jualan.

Antara produk-produk dan perkhidmatan yang berkaitan teknologi dengan pengenaan cukai 6% adalah seperti berikut –

Perkakasan Elektrik Utama:

  • Semua jenis telefon pintar dan bimbit
  • Tablet
  • Jam pintar
  • Peranti boleh pakai seperti gelang pintar
  • Samsung Gear VR
  • Laptop
  • Pen stylus
  • Kasing telefon
  • Kasing tablet
  • Pengecas
  • Pelindung skrin
  • fon telinga
  • fon kepala
  • Papan kekunci
  • Tetikus
  • Monitor
  • CPU
  • Motherboard
  • GPU
  • Cakera keras
  • Setoran luaran
  • Setoran dalaman
  • RAM
  • Pemain media
  • Pemain DVD
  • Pemain bluray
  • TV (semua jenis saiz)
  • Semua jenis bateri (telefon, laptop, tablet)
  • Alat GPS
  • Pencetak
  • Beg laptop
  • Set bluetooth
  • Radio
  • Pemain MP3
  • Bil pasca bayar
  • Bil prabayar (topup)
  • Transaksi pembayaran online (semua jenis)

Lain-lain:

  • Adaptor
  • CD holder
  • CD container
  • Clock
  • Electronic lighter
  • Kabel adaptor
  • Semua jenis alat kawalan
  • Bateri
  • Klip bateri
  • pemegang bateri
  • Alat keselamatan pintu elektronik
  • Dapur elektrik
  • Semua kabel elektrik
  • Lampu suluh
  • Lampu fluorescent
  • Adaptor antarabangsa
  • Loceng basikal
  • mentol
  • Kalkulator
  • Kompas
  • Lampu meja
  • Tetikus
  • katrij pencetak
  • Permainan helikopter elektronik
  • Permainan elektronik
  • Pengecas kenderaan

Tidak dikenakan GST

  • Perayauan (data & suara)
  • Panggilan telefon

Apa komen anda?