Tahan lebih lama dengan Jabra Boost

Share Button

Bateri adalah satu masalah yang paling sukar diatasi pengeluar peranti. Tidak dapat dinafikan, bateri adalah teknologi yang paling lambat berevolusi. Kini kita sudah dapat melihat skrin lengkung seperti di GALAXY Note Edge, tetapi bateri masih kekal dalam bentuk tetap, hanya menjadi sedikit nipis. Jadi, pengeluar hanya boleh memastikan kapasiti bateri yang lebih besar untuk jangka hayat peranti yang lebih lama.

Kerana itu, Jabra yang terkenal menghasilkan pelbagai produk audio tanpa wayar dan bluetooth, memperkenalkan Jabra Boost dengan bateri berjangka hayat lebih panjang dari biasa.

Jabra memang mementingkan kualiti bukan sahaja dari aspek audio, tetapi rekabentuk luaran juga. Paling penting, harganya tidak terlalu premium menjadikannya mudah dibeli oleh masyarakat. Di Malaysia, Jabra Boost dijual pada harga runcit RM179 sahaja.

Jabra_Boost_front back

Dengan teknologi dan rekaan Scandinavian, Jabra Boost memberi pengguna masa bercakap sehingga 9 jam dengan pengecasan penuh. Jadi pengguna tidak perlu risau akan terputusnya panggilan semasa sedang berbual di telefon kerana kehabisan bateri. Mungkin pengguna perlu lebih merisaukan masalah bil atau kredit prabayar kerana seronok berbual terlalu lama dengan Jabra Boost ini.

Selain itu, Jabra memasukkan fungsi ‘Power Nap’ ke dalam Jabra Boost, bagi membolehkan baterinya bertahan sehingga satu tahun untuk masa bersedia tanpa membuat panggilan. Fungsi ini akan memastikan Jabra Boost terpadam sendiri selepas 60 minit tiada hubungan dengan peranti. Untuk menghidupkannya semula, hanya tekan dua kali butang menjawab/meletak panggilan di Jabra Boost.

Penggunaan produk Jabra memang mudah. Jabra Boost dilengkapi panduan suara, yang membantu pengguna untuk menghubungkan Jabra dengan peranti melalui Bluetooth, serta memaklumkan tahap bateri dan satus hubungan Bluetooth.

Lebih menarik lagi, pengguna boleh berinteraksi dengan Apple Siri atau Google Nown di peranti pintar secara terus dari Jabra Boost. Memeriksa jadual, memastikan arah perjalanan atau memainkan lagu semuanya boleh dilakukan bersama Siri dan Google Now tanpa perlu mengeluarkan peranti pintar dari poket atau di dalam beg tangan.

Jabra turut memastikan keselesaan penggunaan produknya. Jabra Boost menggunakan EarGels yang memastikan ia tetap di telinga, tanpa terasa bebannya. Untuk menepati citarasa pengguna yang berbeza, Jabra memberi tiga pilihan warna bergaya untuk Jabra Boost iaitu Hitam, Putih dan Emas.

Jabra Boost kini boleh didapati di seluruh Malaysia melalui wakil pengedar Jabra seperti ALL IT Hypermarket Sdn Bhd, epiCentre, Machines, Radioshack dan Viewnet. Ia dijual pada harga RM179.

 

Jabra Boost tricolor

Apa komen anda?