Sony Z4 Tablet sah dilancar

Share Button

 
Lagi kemaskini dari theskop di Mobile World Congress 2015 di Barcelona melihatkan peranti baru Sony Xperia Z4 Tablet yang kelihatan membawa rekaan luaran seperti Z3, dengan kerangka besi bulat. 
 
 
 
Ia dilengkapi skrin sebesar 10-inci, dengan resolusi Ultra HD 2K. Manakala kenyataan prosesor ultra-pantas terkini merujuk kepada CPU Qualcomm Snapdragon 810.
 

 

 

Bukan sahaja satu produk yang akan menjadi watak utama pelancaran, dengan ketiadaan peranti utama dari siri Xperia Z4. Aplikasi Xperia Lounge yang terdapat pada peranti Sony Xperia, dilihat telah mengumumkan kemunculan Xperia Z4 Tablet beserta gambar

Ia mempunyai tahap kenipisan 6.1mm iaitu jauh lebih nipis berbanding iPad Air 2. Malah, ia 50g lebih ringan berbanding versi sebelum ini.
Sudah pasti sebagai peranti Android, ia akan dilengkapkan dengan Android 5.0 Lollipop tersedia

 
 

Apa komen anda?