SKMM denda 8 syarikat berjumlah RM1juta

Share Button

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebuah badan kerajaan yang memantau perkembangan telekomunikasi di Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang syarikat telekomunikasi di Malaysia, yang didenda kerana tidak mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan kepada mereka.

Sebanyak 23 kompaun telah dikeluarkan berjumlah RM1.01 juta berkenaan beberapa permasalahan yang tidak menepati syarat seperti isu pendaftaran pengguna prabayar dan juga isu panggilan terputus.

Bagi masalah pendafaran pengguna prabayar, lima syarikat telekomunikasi telah dikompaun iaitu:

Celcom Axiata BerhadRM200,000
Maxis Mobile Services Sdn BhdRM150,000
U Mobile Sdn BhdRM100,000
Tune Talk Sdn BhdRM70,000
XOX Com Sdn BhdRM10,000

Manakala masalah panggilan terputus, tiga syarikat utama telekomunikasi masing-masing menerima kompaun seperti berikut:

DiGi Telecommunications Sdn Bhd – RM180,000
Maxis Mobile Services Sdn Bhd – RM170,000
Celcom Axiata Berhad – RM130,000

Selain syarikat telekomunikasi, SKMM turut mengenakan denda kepada dua syarikat penyiaran iaitu Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) dan Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra) kerana membuat kesalahan melanggar peruntukan di bawah Kod Kandungan dan syarat lesen.

Astro dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana didapati telah menyiarkan rancangan bual bicara mengenai produk kesihatan untuk penyakit-penyakit yang dilarang daripada diiklankan di bawah peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Maestra pula dikenakan kompaun berjumlah RM20,000 berkenaan Radio Era FM yang beroperasi di bawahnya, telah melakukan kesalahan dengan menyiarkan kandungan yang menyinggung perasaan umat Islam pada bulan Ramadhan tahun lepas.

Sepanjang tahun 2014, MCMC telah pun mengeluarkan sebanyak 70 kompaun berjumlah RM2.84 juta atas pelbagai kesalahan. Diharapkan dengan kompaun sebegini akan memberi keinsafan kepada syarikat yang berkaitan untuk lebih mematuhi undang-undang bagi menyediakan servis dan perkhidmatan terbaik untuk pengguna di Malaysia.

[Sumber]

kemudahan internet 1malaysia 234

Apa komen anda?